Thursday, October 15, 2009

Sejarah Bab 5 Ting 2

Sejarah Tingkatan 2
Bab 5 Kekayaan Ekonomi Menarik Minat SBUB

Jom Dengar Cerita
Sabah...SBUB Yang Punya !

Sabah, negeri di bawah bayu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil ekonomi. Potensi ekonomi Sabah telah menarik minat pelabur asing untuk menguasainya. Sabah yang berada di bawah naungan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu menjadi rebutan pelabur-pelabur Barat dari Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol. Inilah sebahagian kisah pertapakan kuasa Barat di Sabah.

Pada suatu hari, datang seorang wakil Amerika Syarikat bertemu Sultan Brunei.

C. L. Moses : Selamat pagi, tuanku.
Sultan Brunei : Selamat pagi. Apa yang boleh beta bantu ?
C.L. Moses : Emmm...sebenarnya patik ingin mendapatkan konsesi tanah di Sabah
dari tuanku.
Sultan Brunei : Oh, begitu. Baiklah. Tetapi, ada syaratnya.
C. L. Moses : Apakah syaratnya tuanku ?
Sultan Brunei : Tempoh penyewaan tanah tersebut 10 tahun saja.
C.L. Moses : Baiklah, tuanku.

C.L Moses berjaya mendapatkan konsesi tersebut. Beberapa lama kemudian....

C.L. Moses : Torrey dan Harris, mahukah anda berdua membeli konsesi tanah di
Sabah ini ?
Torrey : Ya, mahu. Kami tidak ada sebarang masalah.
Torrey : Harris, usaha memajukan penanaman kopi dan tebu di Kimanis gagal.
Harris : Ya, kita perlu menjual konsesi tanah Sabah kepada Von Overbeck.

Setelah gagal, mereka jual pula konsesi tersebut kepada pelabur lain yang bernama Baron Von Overbeck.

Von Overbeck : Hei, Alfred dan Edward Dent. Saya ingin meminta bantuan anda berdua.
Alfred Dent : Bantuan apa ? Kami bersedia untuk membantu.
Von Overbeck : Saya menghadapi masalah kekurangan modal. Bolehkan anda berdua
meminjamkan wang kepada saya ?
Edward Dent : Tentu sekali boleh...berapa yang kamu mahu....

Setelah mendapat pinjaman modal, pada tahun 1877 mereka bersama Gabenor Labuan telah pergi mengadap Sultan Brunei untuk memohon melanjutkan tempoh pajakan tanah. Sewaktu dalam istana Sultan Brunei...

Von Overbeck : Tuanku, berhubung dengan tempoh pajakan tanah itu....
Sultan Brunei : Tanah ?! Oh, begitu ! Beta akan memperbaharui tempoh pajakan tersebut.
Von Overbeck : Terima kasih. Marilah tandatangani perjanjian ini.
Sultan Brunei : Beta serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku kepada Tuan Overbeck.
Von Overbeck : Terima kasih, tuanku.

Setelah musim berlalu, pada tahun 1880, tiba-tiba....

Von Overbeck : Hei ! Alfred ! Edward ! Rasanya saya terpaksa menjual hak saya ke atas
pajakan tanah kepada kamu berdua.
Alfred : Overbeck, kamu hendak menjual hak kamu. Baiklah kami setuju
menerimanya.

Setelah Von Overbeck pergi, di sebuah bilik, Alfred dan Edward membuat perancangan mereka. Mereka membuat perancangan untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Sabah dan kegiatan ekonomi tradisional penduduk tempatan di Sabah.

Alfred : Hei, Edward. Apa pendapat kamu kalau kita tubuhkan satu persatuan
sementara Borneo Utara British Berhad?
Edward : Hemmmm...baik juga cadangan kamu, Alfred.
Alfred : Untuk menambah modal syarikat, kita boleh menjual saham kepada
rakyat British.
Edward : Bukan itu sahaja! Yang penting kita mesti mendapatkan Piagam Diraja
daripada British.
Alfred : Memang betul cakap kamu Edward.
Edward : Ha..ha..ha... kita paksa penduduk Sabah menjadi buruh kita.

Akhirnya, pada bulan November 1881, persatuan sementara Borneo Utara British Berhad mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British. Syarikat itu kemudiannya dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Dengan itu juga, segala hal ehwal luar Sabah adalah di bawah pengawalan kerajaan British.

Selanjutnya, SBUB cuba mengukuhkan kuasa mereka di Sabah dan mengeksploitasi hasil ekonomi Sabah dengan rakusnya. Rakyat makin ditindas dengan pelbagai jenis cukai yang membebankan.

Begitulah antara kisahnya. Kekayaan hasil bumi yang dimiliki oleh Sabah menjadikannya tumpuan pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, Austria dan British. Namun begitu, SBUB yang berjaya menguasai Sabah. SBUB terus mengaut keuntungan. Penduduk tempatan pula semakin tersisih daripada arus pembangunan.

Apakah kesudahannya......adakah rakyat Sabah bangun menentang SBUB ?
(lihat halaman 182 - 185)

Hasil nulikan,
Cikgu Mazlan j
21.04.09

No comments:

Post a Comment