Saturday, December 26, 2009

Bab 1 Pendudukan Jepun di Negara Kita

Bab 1 : Pendudukan Jepun di Negara Kita

Pengenalan

1. Salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita ialah Zaman Penjajahan Jepun.
2. Negara kita berada dalam cengkaman Jepun selama kira-kira tiga tahun setengah,
iaitu bermula dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945.
3. Antara kesan utama sepanjang tempoh penjajahan tersebut ialah semangat
kebangsaan lebih semarak di kalangan rakyat di negara ini.

Pemerintahan Tentera Jepun di Negara KitaPemerintahan Jepun

1. Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis di Asia apabila Maharaja Meiji mula
berkuasa pada tahun 1868.
2. Maharaja Meiji telah memulakan pemulihan yang lebih menekankan pemodenan dan perindustrian.
3. Maharaja Meiji telah menjadikan negara-negara Barat sebagai model untuk
memajukan Jepun.
4. Mangsa pertama, dasar imperialis Jepun ialah China, iaitu apabila Jepun memenangi
Perang China-Jepun pada tahun 1895.
5. Menjelang abad ke- 20, iaitu pada tahun 1905, Jepun telah diiktiraf sebagai sebuah
kuasa besar oleh Britain.

Kedatangan Jepun

1. Penduduk Jepun di negara kita didorong oleh beberapa faktor terutamanya masalah
ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara tersebut.
2. Penduduk Jepun semakin bertambah, manakala tanah pertanian semakin berkurang.
3. Justeru itu, Jepun terpaksa beralih ke sektor perindustrian, tetapi Jepun mengalami
kekurangan bahan mentah.
4. Antara bahan mentah yang amat diperlukan oleh Jepun ialah : (a) Petroleum (b) Bijih timah (c) Besi (d) Getah
5. Selain itu, Jepun juga memerlukan kawasan pasaran baharu untuk memasarkan hasil perindustriannya.
6. Amerika Syarikat pula pada masa yang sama bertindak mengenakan sekatan ekonomi
terhadap Jepun.
7. Ini adalah disebabkan Jepun enggan berundur dari negara China.
8. Pada tahun 1940-an, golongan tentera amat berpengaruh dalam pemerintahan Jepun.
9. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jepun, golongan tentera
berpendapat bahawa penaklukan adalah jalan terbaik.
10. Selain cara ketenteraan, Jepun juga telah menggunakan propaganda untuk
mempengaruhi penduduk tempatan.
11. Slogan-slogan seperti 'Asia untuk Orang Asia' dan 'Lingkungan Kesemakmuran
Bersama Asia Timur Raya' telah menambat hati penduduk tempatan memberi
sokongan terhadap penjajahan Jepun.
12. Slogan-slogan ini, jelas berunsur antipenjajah Barat dan lebih menonjolkan imej
Jepun sebagai pembela negara-negara yang dijajah Barat.
13. Strategi yang digunakan oleh Jepun ini amat berkesan sehingga kehadirannya tidak
begitu dirasakan sebagai penjajah baharu selepas penjajah British.
14. Jepun juga menggunakan poster sebagai propagandanya untuk memenangi penduduk
tempatan. Pada poster tersebut tertera 'Ya Allah peliharalah kami oleh tentera Jepun
daripada aniaya'.
15. Penggunaan tulisan jawi dan kalimah 'Ya Allah' digunakan untuk menarik orang
Melayu yang beragama Islam menyokong Jepun.