Thursday, October 15, 2009

Sejarah Bab 4 Ting 2

Sejarah Tingkatan 2
Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penguasaan James Brooke

Teknik Bercerita

Sarawak....Oh...Sarawak

Pada kurun ke 19, Sawarak berada di bawah pentadbiran Brunei. Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil pelombongan antimoni dan emas. Suatu hari, Sultan Brunei yang bernama Sultan Omar Ali Saifuddin pun bertitah kepada ketua-ketua tempatan Sarawak :

Sultan : Beta akan membahagikan Sarawak kepada beberapa daerah.
Beta akan melantik ketua-ketua tempatan untuk mentadbir daerah-daerah itu.

Ketua tempatan : Terima kasih tuanku.

Sultan : Kamu mesti melaksanakan arahan dan pungut cukai? Faham...

Maka ketua-ketua tempatan pun melaksanakan segala arahan Sultan Brunei dan mengutip cukai di semua daerah di Sarawak tanpa sebarang campur tangan daripada Brunei. Setelah beberapa ketika, Sultan Brunei telah mengubah dasar pentadbirannya. Baginda telah melantik seorang pembesar Brunei sebagai wakil baginda di Sarawak. Tujuan baginda berbuat demikian ialah mahu menguasai kekayaan dan mengukuhkan kawalannya ke atas Sarawak. Datanglah seorang pembesar Brunei bernama Pangeran Indera Mahkota. Pangeran Indera Mahkota pun berkata....

Pangeran Indera : Pembesar sekalian....sekarang saya yang berkuasa. Saya akan
mengambil alih pentadbiran dan pelombongan antimoni dan emas
kamu.

Pengeran Indera Mahkota seorang yang sangat keras dan zalim. Semua petani mesti bayar cukai tanaman yang tinggi. Orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoni tidak diberi sebarang upah.

Maka hidup melaratlah orang Melayu dan orang Bidayuh. Segala hasil titik peluh habis digunakan untuk membayar cukai sahaja. Lama-kelamaan, orang Melayu dan orang Bidayuh bangkit menentang kerana mahu membebaskan Sarawak drpd Brunei. Mereka dipimpin oleh Datu Patinggi Ali. Pangeran Indera Mahkota gagal menghapuskan kebangkitan itu. Sultan Brunei bertindak dengan menghantar Pangeran Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota.

Ketika ini, James Brooke, seorang pesara tentera SHTI sedang belayar di perairan Sarawak mencari kawasan perdagangan dengan kapalnya iaitu Royalist. Pangeran Muda Hashim mempelawa James Brooke membantunya menghapuskan penentangan.

Pangeran Muda : Helo James..saya ada masalah..awak boleh bantu saya?
James : Yes, Sure, why not...saya boleh bantu awak. Tapi apa balasannya?
Pangeran Muda : Saya lantik awak sebagai Gabenor Sarawak. Setuju..
James : Ha...ha..ha..saya setuju...bagai mengantuk disorongkan bantal.

Tanpa memberitahu Sultan Brunei, Pangeran Muda Hashim telah mengambil tindakan yang mengundang padah bagi Sarawak. Tawaran melantik James Brooke untuk membantunya hanya menguntungkan James Brooke. Al kisah, James Brooke berjaya menghapuskan kebangkitan orang Melayu dan orang Bidayuh. James Brooke menuntut janji.

Pangeran Muda Hasim mula gelisah kerana beliau perlu menunaikan janjinya. Beliau pasti Sultan Brunei tidak akan setuju melantik James Brooke sebagai gabenor Sarawak...apa yang dibuatnya....

Pangeran Muda : Baik saya melengah-lengahkan pelantikan James Brooke.

James : Cis celaka..kamu sengaja mempermainkan saya...

James brooke tidak boleh tunggu lama lagi. Beliau membedil bandar Khucing.

Apakah yang terjadi seterusnya.....

Pangeran Muda Hashim kalah dan terpaksa melantik James Brooke sebagai gabenor Sarawak. James Brooke masih tidak puas hati. Bagi mengukuhkan kedudukannya, James Brooke dengan angkatan tentera British pimpinan Edward Belcher pergi mengadap Sultan Brunei bagi mengesahkan kedudukannya sebagai gabenor Sarawak. Sultan Brunei yang takut dengan kekuatan tentera Inggeris bersetuju mengiktiraf perjanjian James Brooke dengan Pangeran Muda Hashim dan juga setuju melantik James Brooke sebagai raja Sarawak yang merdeka dan mempunyai kedaulatan yang penuh ke atas Sarawak.

Maka jatuhlah Sarawak kepada James Brooke.

Sebagai pengajarannya, dapatlah dikatakan:
a. Perpecahan yang berlaku dalam kalangan pembesar dengan penduduk tempatan telah
membuka peluang James Brooke menguasai Sarawak.
b. Kekuatan tentera boleh mengubah pendirian pemerintahan sesebuah negara.
c. Berfikir sebelum bertindak kerana tersalah tindakan tergadai sebuah negeri.


Begitulah cerita Sarawak..Oh..Sarawak..

Hasil nukilan,
Cikgu Mazlan j
SMK Redang Panjang (Model Khas)

No comments:

Post a Comment