Maafkan aku teman
Andai aku tidak dapat
menjadi kawan yang baik
Umpama Jibrail
Yang memeluk erat Rasulullah
Umpama Saidina Ali
Berbaring ditempat tidur
kekasih Allah
Agar baginda tidak dibunuh
kaum Quraisy
Dan seumpama Saidina Abu Bakar
Menahan sakit disengat kala jengking
Asal baginda lena diribaan.
Maafkan aku teman
Mungkin banyak kesalahan yang telah kulakukan
Tanpa kusedar aku melukakan hatimu
Tanpa kusedar aku menghalang perjalananmu
Untuk kau menggapai kejayaan
Dan segala impian.
Maafkan aku teman
Sekadar yang termampu
Aku cuba menjadi kawan....
....yang memahami
....yang membantu
....yang mengingati....persahabatan ini
Mungkin antara kita ada sempadan
Yang cuba aku rungkaikan tapi tak terdaya
Kerana kelemahan diri dan daif
Maafkanlah......
Moga persahabatan ini diredhai Ilahi
Dan kekal selamanya hingga ke akhir hayat.
Mulzam@Taiping@2.00am@20.02.07
Maafkan aku teman
Sekadar yang termampu
Aku cuba menjadi kawan....
....yang memahami
....yang membantu
....yang mengingati....persahabatan ini
Mungkin antara kita ada sempadan
Yang cuba aku rungkaikan tapi tak terdaya
Kerana kelemahan diri dan daif
Maafkanlah......
Moga persahabatan ini diredhai Ilahi
Dan kekal selamanya hingga ke akhir hayat.
Mulzam@Taiping@2.00am@20.02.07
Sajak ini untuk mengenangkan hubungan persahabatan penulis dengan Bro Quddus yang saya hormati..kawan selamanya.thanks
ReplyDelete