Saturday, December 26, 2009

Bab 1 Pendudukan Jepun di Negara Kita

Bab 1 : Pendudukan Jepun di Negara Kita

Pengenalan

1. Salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita ialah Zaman Penjajahan Jepun.
2. Negara kita berada dalam cengkaman Jepun selama kira-kira tiga tahun setengah,
iaitu bermula dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945.
3. Antara kesan utama sepanjang tempoh penjajahan tersebut ialah semangat
kebangsaan lebih semarak di kalangan rakyat di negara ini.

Pemerintahan Tentera Jepun di Negara KitaPemerintahan Jepun

1. Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis di Asia apabila Maharaja Meiji mula
berkuasa pada tahun 1868.
2. Maharaja Meiji telah memulakan pemulihan yang lebih menekankan pemodenan dan perindustrian.
3. Maharaja Meiji telah menjadikan negara-negara Barat sebagai model untuk
memajukan Jepun.
4. Mangsa pertama, dasar imperialis Jepun ialah China, iaitu apabila Jepun memenangi
Perang China-Jepun pada tahun 1895.
5. Menjelang abad ke- 20, iaitu pada tahun 1905, Jepun telah diiktiraf sebagai sebuah
kuasa besar oleh Britain.

Kedatangan Jepun

1. Penduduk Jepun di negara kita didorong oleh beberapa faktor terutamanya masalah
ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara tersebut.
2. Penduduk Jepun semakin bertambah, manakala tanah pertanian semakin berkurang.
3. Justeru itu, Jepun terpaksa beralih ke sektor perindustrian, tetapi Jepun mengalami
kekurangan bahan mentah.
4. Antara bahan mentah yang amat diperlukan oleh Jepun ialah : (a) Petroleum (b) Bijih timah (c) Besi (d) Getah
5. Selain itu, Jepun juga memerlukan kawasan pasaran baharu untuk memasarkan hasil perindustriannya.
6. Amerika Syarikat pula pada masa yang sama bertindak mengenakan sekatan ekonomi
terhadap Jepun.
7. Ini adalah disebabkan Jepun enggan berundur dari negara China.
8. Pada tahun 1940-an, golongan tentera amat berpengaruh dalam pemerintahan Jepun.
9. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jepun, golongan tentera
berpendapat bahawa penaklukan adalah jalan terbaik.
10. Selain cara ketenteraan, Jepun juga telah menggunakan propaganda untuk
mempengaruhi penduduk tempatan.
11. Slogan-slogan seperti 'Asia untuk Orang Asia' dan 'Lingkungan Kesemakmuran
Bersama Asia Timur Raya' telah menambat hati penduduk tempatan memberi
sokongan terhadap penjajahan Jepun.
12. Slogan-slogan ini, jelas berunsur antipenjajah Barat dan lebih menonjolkan imej
Jepun sebagai pembela negara-negara yang dijajah Barat.
13. Strategi yang digunakan oleh Jepun ini amat berkesan sehingga kehadirannya tidak
begitu dirasakan sebagai penjajah baharu selepas penjajah British.
14. Jepun juga menggunakan poster sebagai propagandanya untuk memenangi penduduk
tempatan. Pada poster tersebut tertera 'Ya Allah peliharalah kami oleh tentera Jepun
daripada aniaya'.
15. Penggunaan tulisan jawi dan kalimah 'Ya Allah' digunakan untuk menarik orang
Melayu yang beragama Islam menyokong Jepun.

Sunday, October 18, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Selamat
Hari Guru

Ucapan penuh
keramat
Kepada seorang
guru
Bekal penguat
misi dan visi
Membela nasib
anak bangsa


Di bumi
Redang Panjang

Mutiara bersinar memancar
Ke pelusuk SMKRP Model Khas
Berilmu Berbakti Beramal
Cogan penghias diri.

Selamat Hari Guru
Kepada semua warga pendidik

Kupohon Maaf

Kupohon Maaf

Maafkan aku teman
Andai aku tidak dapat

menjadi kawan yang baik
Umpama Jibrail
Yang memeluk erat Rasulullah


Umpama Saidina Ali
Berbaring ditempat tidur

kekasih Allah
Agar baginda tidak dibunuh

kaum Quraisy

Dan seumpama Saidina Abu Bakar
Menahan sakit disengat kala jengking
Asal baginda lena diribaan.


Maafkan aku teman
Mungkin banyak kesalahan yang telah kulakukan
Tanpa kusedar aku melukakan hatimu
Tanpa kusedar aku menghalang perjalananmu
Untuk kau menggapai kejayaan
Dan segala impian.

Maafkan aku teman
Sekadar yang termampu
Aku cuba menjadi kawan....
....yang memahami
....yang membantu
....yang mengingati....persahabatan ini
Mungkin antara kita ada sempadan
Yang cuba aku rungkaikan tapi tak terdaya
Kerana kelemahan diri dan daif
Maafkanlah......

Moga persahabatan ini diredhai Ilahi
Dan kekal selamanya hingga ke akhir hayat.

Mulzam@Taiping@2.00am@20.02.07

Hasbunallah wa ni'mal wakil

Hasbunallah wa ni’mal wakil

Cukuplah hanya Allah,
Sebagai penolong kami,
Dan Dialah sebaik-baik pelindung.

Teman,
Riwayat hidup ini penuh ranjau,
Umpama jalan nan berliku,
Penuh onak dan duri,
Umpama badai menghempas pantai,
Setiap ketika diuji dan diduga,
Oleh Dia..Yang Maha Esa.

Hubungan kita ini,
Sepanjang masa tetap mewangi,
Adapun perpisahan antara kita
Hanya seperti hujan di musim semi,
Curahnya yang deras menakutkan kita,
Tetapi kau dan aku akan segera lihat kelemahannya,
Kerana ia cepat beranjak,
Semoga Allah menghindarkan kita,
Dari kebencian saat bersua,
Selain hanyalah kemanjaan orang yang dikasihi,
Kepada orang yang mencintainya.

Mencari teman sejati,
Umpama menyelongkar lautan dalam,
Mencari sebutir mutiara,
Sukarnya amat terasa,
Tapi nilainya tak terkata.

Nukilan Emj

Thursday, October 15, 2009

Toleransi Antara Kaum

Toleransi Antara Kaum di Malaysia :
Masih Ampuhkah?


1. Konsep dan Definisi Toleransi

Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefiniskan toleransi sebagai bersikap toleran yang merujuk kepada sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian atau pendapat sendiri. Manakala menurut Longman Dictionary Comtemporary English (2003), perkataan toleration (toleransi) bermaksud:

Willingness to allow people to believe what they want without being criticized or punishment.

Ertinya kemampuan untuk membenar dan menerima apa yang dipercayai oleh individu tertentu tanpa mengkritik atau menghukum. Toleransi menjurus kepada sikap keterbukaan untuk menerima sesuatu perkara atau agenda dengan baik untuk seseorang individu atau kumpulan tanpa ada syak wasangka buruk. Dalam bahasa Arab ia bermaksud tasamuh. Dalam Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada memberi erti kesabaran; tasamuh.

Menurut pendapat Dr. Abd Monir Yaacob, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (2003), toleransi sebagai satu sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat memberi erti tidak idealisme, tidak fanatik, tidak selfish - mementingkan diri sendiri; mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, tolak ansur, sabar dan menghormati hak orang lain. Orang yang mengamalkan sikap toleransi berupaya menanggung sesuatu tekanan atau berupaya menerima kesusahan dan kritikan, boleh berkorban untuk orang lain dan bersikap terbuka dan lapang dada. Ciri-ciri tersebut adalah penting dihayati dalam masyarakat majmuk supaya keharmonian dapat dicapai.

Keharmonian tidak dapat dicapai sepenuhnya tanpa sikap toleransi dan dengan buruk sangka. Bagi melahirkan keharmonian yang berterusan memerlukan ``kejinakan hati'' antara lapisan masyarakat. Perlu ada keserasian dalam kehidupan dengan menghindar ``buruk sangka dan kesangsian''. Dalam sebuah rumah tangga memerlukan kejujuran, keikhlasan dan amanah. Mewujudkan suasana kasih sayang dan kemesraan.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, masyarakat yang perlu dibina mestilah bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta bersikap toleransi. Justeru, sukatan Pendidikan Moral KBSM (2000) memasukkan nilai toleransi dalam Bidang Pembelajaran 1: Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri. Menurut buku sukatan ini, toleransi didefinsikan sebagai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kenyataan di atas juga berkaitan dengan nilai hormat, keadilan, kebebasan, dan semangat bermasyarakat seperti yang tertera dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Dalam KBSM, pemupukan nilai ke 16, iaitu semangat bermasyarakat bertujuan menggariskan kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan demi kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam bermasyarakat. Untuk mempastikan kejayaan nilai ini disemai dalam kalangan pelajar, nilai toleransi perlulah diperkukuhkan.

Pada tahun 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengemukakan Wawasan 2020 yang menggariskan sembilan cabaran. Cabaran kelima menjurus kepada pentingnya toleransi iaitu mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing – masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan kepada negara.
Wan Zahid (1988) dalam Dr. Tajul Ariffin dan Dr. Nor’ Aini (1992) menegaskan sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. Pendidikan yang mampu menghadapi cabaran dan tuntutan harus mempunyai paksi atau teras yang kukuh.

Justeru, Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961 serta berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang mengutamakan perpaduan sebagai matlamat utama pendidikan telah mengalami beberapa kali kajian semula untuk mempastikan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, hidup berharmoni, dan berdisiplin tercapai. Dan, untuk mencapainya, nilai toleransi perlu diperkukuhkan kerana ia melibatkan gabungan budaya serta agama masyarakat majmuk Malaysia.

Sehubungan itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mensasarkan agar dapat melahir dan memperkembang potensi individu secara menyeluruh serta bersepadu berharap agar rakyat Malaysia kelak dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sinonim dengan Islam Hadhari telah menggariskan sepuluh prinsip utama Islam Hadhari. Pembangunan ekonomi yang seimbang (prinsip kelima), kehidupan berkualiti (prinsip keenam) dan kekuatan pertahanan serta perpaduan (prinsip kesepuluh) memerlukan toleransi antara kaum untuk mencapainya. Tanpa toleransi, kuasa ekonomi tidak akan dapat dibahagi sama rata. Kepincangan keseimbangan ekonomi akan menggugat kehidupan yang berkualiti dan ini boleh menghancurkan kekuatan pertahanan serta perpaduan.

Akibat ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum maka wujudlah pelbagai spekulasi, iri hati, dan kurang senang yang berterusan di kalangan masyarakat dan akhirnya berlakulah peristiwa hitam 13 Mei. - Dewan Siswa, September 2005

Jelasnya, nilai toleransi berkaitan dengan sikap tolak ansur serta sikap liberal individu dalam masyarakat bagi menjamin keharmonian dan kemakmuran negara. Merujuk kepada kupasan umum di atas, dapatlah dikatakan bahawa tanpa nilai toleransi yang kukuh matlamat KBSM, KBSM, Wawasan 2020, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan mungkin tidak akan tercapai.

Persoalannya : masih ampuhkan lagi toleransi antara kaum di Malaysia setelah 48 tahun merdeka dan masih utuhkah lagi kontrak sosial kaum di Malaysia setelah pembangunan dan kemajuan negara mula dirasai ?

Tugasan ini akan cuba mengupas sebaik mungkin nilai toleransi dalam masyarakat Malaysia sebelum kemerdekaan, semasa menuntut kemerdekaan, selepas kemerdekaan dan masa kini. Mengapakah nilai ini begitu penting sehingga menjadi salah satu nilai yang perlu disemai melalui Pendidikan Moral ? Skop persoalan dan permasalahan di atas akan cuba dikupas dari sudut sejarah kemerdekaan dan pendidikan negara, sebaik mungkin, Insya Allah.

2. Toleransi Antara Kaum di Malaysia Sebelum Merdeka

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang bermula pada 8 Disember 1941 sehingga 1943 mendatangkan kesan besar terhadap hubungan antara kaum di Tanah Melayu selepas perang terutamanya hubungan antara orang Melayu dan Cina. Faktor utama yang mewujudkan masalah ini ialah Jepun memberi layanan yang berbeza terhadap kedua – dua bangsa iaitu bersikap baik terhadap orang – orang Melayu sebaliknya menzalimi orang - orang Cina rentetan permusuhan yang wujud antara Jepun dengan negara China dalam Perang China – Jepun ekoran penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Dalam masa yang sama pihak Jepun menggunakan orang – orang Melayu sebagai polis Jepun (Kempetei) bagi menangkap orang – orang Cina telah menimbulkan rasa dendam yang mendalam di kalangan orang Cina.

Polemik perkauman ini meruncing selepas pengunduran Jepun dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 apabila Jepun diisytiharkan kalah oleh British dan kelompongan kuasa selama tiga minggu di Tanah Melayu sebelum ketibaan semula kuasa British memberi kesempatan kepada Parti Komunis Malaya ( PKM ) yang sebahagian keahliannya terdiri daripada bangsa Cina keluar dari hutan dan melakukan pembunuhan serta huru – hara sebagai membalas dendam ke atas orang – orang Melayu. PKM menubuhkan “mahkamah rakyat” bagi membicarakan orang – orang yang dituduh bersubahat dengan Jepun dan dijatuhi hukuman mati. Ketakutan kepada Bintang Tiga ini telah menjadi ketakutan kepada bangsa Cina di kalangan orang – orang Melayu.


Masyarakat Melayu hilang kepercayaan terhadap orang – orang Cina apabila tentera – tentera Bintang Tiga mula menggangu upacara keagamaan di surau dan masjid. Selain untuk menjaga maruah bangsa dan agama, orang – orang Melayu bimbang kemungkinan Tanah Melayu akan jatuh ke tangan komunis. Keadaan ini disokong oleh Ahmat Adam, iaitu :
“Seperti disentak, orang Melayu tiba – tiba merasakan bahawa kemungkinan Tanah Melayu jatuh ketangan bangsa Cina sudah menjadi kenyataan. Maka berlakulah, dalam tahun – tahun akhir 1945 dan awal 1946, pergaduhan dalam beberapa tempat dan daerah paling teruk di landa pergaduhan antara Melayu dan Cina iaitu di Batu Pahat – Muar dan Sungai Manik, dekat Teluk Intan.” - Rohani Ab. Ghani dan Zulhimi Paidi (2002). Kenegaraan Malaysia Isu – Isu Pembangunan

Berdasarkan sorotan sejarah di atas, jelas membuktikan perkataan ‘perkauman’ sering sinonim dengan bibit – bibit perpecahan, cauvanis, prasangka dan prejudis serta sensitiviti. Pergelutan antara orang Melayu dan Cina membawa keretakan hubungan akibat kesan penjajahan. Jelasnya, tidak ada unsur toleransi antara kaum ketika itu kerana kehidupan sering diselaputi dengan perasaan dendam dan benci yang membawa kepada pergaduhan dan pembunuhan. Secara umumnya tempoh pengosongan kuasa selama 14 hari itu menampakkan kepada kita tentang betapa seriusnya masalah perhubungan kaum ketika itu.

Ringkasan kata Wan Zahid (1988), pendidikan adalah punca segalanya. Pergelutan yang berlaku juga berpunca dari dasar pendidikan British kepada sekolah Cina. Dalam pembinaan sekolah Cina, British mengamalkan sikap tidak campur tangan, malah menentang keras pembiayaan pembinaan sekolah Cina. Justeru, sekolah Cina dibuka atas usaha individu atau persatuan Cina yang mendapat pembiayaan dari Republik Rakyat China. Ideologi kuomintang sinonim dengan sekolah Cina ketika ini yang mahu menyebarkan fahaman komunis.

Adalah menjadi matlamat British untuk tidak memaju dan menyatupadukan masyarakat Tanah Melayu ketika itu melalui sistem pendidikan. Akibatnya wujudlah lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing antara satu sama lain. Setiap sekolah menggunakan sukatan (kurikulum),sistem pendidikan serta bahasa idunda sendiri yang lebih mirip kepada kesetiaan kepada negara asal kaum tersebut. Inilah dasar ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British.

Ringkasnya, dapatlah dikatakan ketika sebelum merdeka, nilai toleransi antara kaum di Malaysia tidak berkembang dengan baik. Setiap kaum memperjuangkan nasib kaum sendiri tanpa menghiraukan nasib kaum yang lain. Jelasnya, tiada intergasi nosional ketika itu kesan dari dasar ”pecah dan perintah” British. Ketika itu wujud pelbagai masalah sosioekonomi kerana jurang pendidikan yang ketara di antara tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India.
3. Toleransi Antara Kaum di Malaysia Semasa Menuntut Kemerdekaan
Bagi memulihkan Tanah Melayu , British Military Administration ( BMA ) membubarkan PKM yang mendapat sokongan British bagi mengusir Jepun semasa perang. BMA memberi ganjaran $360 kepada setiap gerila dan berjanji menolong mereka mencari pekerjaan bagi memulakan hidup baru. Lain pula bagi orang – orang Melayu. BMA digunakan sebagai ‘pemacu’ kepada niat British untuk mewujudkan perubahan Perlembagaan Tanah Melayu, iaitu Malayan Union. BMA bertindak membicarakan penduduk Malaya yang tidak setia dan bersubahat dengan Jepun dengan mengemukakan Perintah Darurat.

Berdasarkan itu, British mengemukakan cadangan Malayan Union sebagai satu ‘ hukuman’ kepada orang Melayu yang pro-Jepun dan sebagai ganjaran kepada orang Cina yang pro-British. Malayan Union diisytiharkan pada Januari 1946 yang dikenali sebagai Kertas Putih. Malayan Union merupakan satu muslihat British bagi menukar bentuk pemerintahannya ke atas Tanah Melayu dari bentuk naungan kepada bentuk jajahan dan dasar ‘Pecah - Perintah’

Pengenalan Malayan Union menjadi titik tolak yang sangat penting dalam menyatukan minda dan semangat perjuangan kebangsaan orang – orang Melayu dalam menentang penjajah. Penentangan ini berpunca dengan ketidakpuasan hati orang – orang Melayu dengan cara tandatangan Raja – raja Melayu diambil oleh MacMicheal yang menggunakan ugutan menurunkan takhta mereka kerana mempunyai bukti yang cukup menyatakan Raja – raja Melayu menyokong Jepun. Tambahan pula, orang – orang Melayu juga berpandangan bahawa prinsip kerakyatan yang berbentuk Jus Soli akan menyebabkan mereka kehilangan kedudukan sebagai rakyat pribumi Tanah Melayu.

Maka tidaklah menghairankan apabila kerajaan British cuba menubuhkan gagasan Malayan Union dalam tahun 1946, yang menentangnya ialah orang Melayu seluruhnya, tidak kaum Cina dan India. Mengapa ? Kerana Malayan Union bertujuan sebagai koloni British ( atau sebagai kawasan yang disebut British Malaya ) yang akan menguntungkan kaum pendatang. Kaum pendatang atau kaum bukan Melayu yang datang dari negeri – negeri dari luar kawasan Melayu – Islam tidak dianggap sebagai rakyat raja Melayu, dan sudah tentu orang bukan Melayu tidak menganggap raja Melayu sebagai raja mereka juga, jadi tidak perlu mereka taat kepada raja Melayu. Jelasnya, kaum pendatang umpama menunggu rezeki datang bergolek untuk diiktiraf sebagai penduduk Tanah Melayu sedangkan penduduk Tanah Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu terpaksa bergadai kerakyatan akibat dasar penjajahan British. Adakah ini toleransi antara kaum ?

Apa yang sangat ketara sepanjang tempoh kegelisahan orang Melayu menentang Malayan Union ialah tidak ada reaksi dari masyarakat bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina yang pada masa itu mempunyai pengaruh politik dan kewangan yang jauh lebih besar berbanding dengan bangsa – bangsa lain di Tanah Melayu terhadap perjuangan masyarakat Melayu. Sikap seperti menangkuk di air keruh ini, membuktikan bahawa kemelut perjuangan itu hanyalah berkisar pada orang Melayu dan orang bukan Melayu hanya memerhati dan melihat apa saja yang akan berlaku.

Tepatlah kata Wan Zahid (1988), pendidikan adalah punca segalanya. Berpunca dari pelaksanaan Sekolah Vernakular British yang mempunyai empat aliran. Keadaan ini sesuai dengan dasar British Devide and Rule yang bertujuan memecahkan perpaduan kaum dan juga menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat. British bimbang penyediaan pendidikan untuk kaum pribumi akan menimbulkan kesedaran untuk menentang British. Namun, atas desakan sultan dan para pembesar Melayu, British akhirnya bersetuju menyediakan pendidikan untuk orang Melayu, itu pun sekadar pendidikan rendah sahaja. Jadi tidak hairanlah, mengapa orang Melayu sahaja yang menentang Malayan Union.

Malahan, kedudukan selesa yang diberikan oleh British dalam pendidikan kepada kaum Cina turut mempengaruhi keadaan. Bermula pada tahun 1924, British memberi bantuan kewangan kepada sebahagian besar sekolah – sekolah Cina di Tanah Melayu bertujuan menyekat kemasukan fahaman politik kuomintang. Menjelang 1938, terdapat 305 buah sekolah Cina bantuan penuh. Perkembangan pada dekad tersebut memperlihatkan bahawa sekolah – sekolah Cina telah dapat meneruskan pendidikan sehingga peringkat menengah atas sedangkan pendidikan sekolah – sekolah Melayu hanya sekadar pendidikan rendah sahaja.

Persekutuan Tanah Melayu dirasmikan pada 1 Februari 1948 yang mengiktiraf kedaulatan tiap – tiap pemerintah ( raja ) di negerinya sendiri serta melindungi ‘kedudukan istimewa’ orang Melayu dan dalam masa yang sama berusaha menjaga kepentingan kaum – kaum lain. Malah diwujudkan satu kewarganegaraan bersama untuk semua orang yang menganggap Persekutuan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka dan sanggup memberikan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Dari sini toleransi antara kaum di Tanah Melayu mula berputik. Orang Melayu berpuas hati apabila Persekutuan Tanah Melayu mengiktiraf kedaulatan Sultan – sultan Melayu dan hak negeri serta dalam masa yang sama kaum pendatang atau bangsa lain yang berada di Tanah Melayu boleh menjadi warganegara Tanah Melayu dengan syarat dan peraturan tertentu.

Gerakan komunis di Tanah Melayu dimonopoli oleh penduduk keturunan Cina, dan ramai menganggap bahawa gerakan itu merupakan gerakan orang Cina. Sebaliknya pula, kebanyakan daripada anggota pasukan keselamatan kerajaan terdiri dari orang Melayu sama ada dalam Pasukan Polis atau pun Askar Melayu. Namun demikian, parti – parti politik berhaluan kiri seperti PUTERA ( Pusat Tenaga Rakyat ) dan AMCJA tidak berpuas hati kerana British menolak cadangan Perlembagaan Rakyat ( The People’s Constitutional Proposal ) yang dikemukakan mereka membawa kepada tercetusnya Darurat pada tahun 1948. Darurat yang berlangsung selama 12 tahun mendatangkan kesan yang besar dalam aspek sosio-ekonomi dan politik di negara ini. Salah satu kesan yang paling ketara ialah ketegangan yang wujud dalam hubungan kaum di negara ini. Faktor utama kepada perkembangan ini ialah kerana gerakan komunis di Tanah Melayu didominasikan oleh orang – orang Cina manakala satu pihak lagi iaitu di pihak pasukan keselamatan terdiri dari orang – orang Melayu. Zainal Abidin bin Abdul Wahid dalam Rohani Ab. Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002) mengulas :

Semasa darurat, anak – anak muda Melayu berjuang berputih tulang mempertahankan tanahair mereka demi menyahut seruan pemimpin Melayu (UMNO) supaya tampil memikul senjata melawan PKM sedangkan pemuda – pemuda Cina dan India bertindak melarikan diri ke India dan China apabila kerajaan mewajibkan penduduk lingkungan 20 – 30 an menjadi pasukan keselamatan pada tahun 1950. Antara 1949 hingga 1951, hanya kira – kira 200 belia Cina yang menganggotai pasukan keselamatan. Sambutan dingin ini jelas menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Tanah Melayu, malah ia turut mendapat kritikan hebat dari Pesuruhjaya Tinggi British pasa masa itu iaitu Sir Henry Gurney yang mendakwa bahawa : “…..mereka hanya hidup bersenang lenang dan menumpukan tenaga semata – mata untuk mencari kekayaan.”

"pada waktu itu tidak ada satu institusi pun yang boleh menjadi badan yang menyatukan rakyat Tanah Melayu kerana orang Cina dengan kecinaannya, orang India dengan keindiaannya dan orang Melayu pula setia hanya kepada rajanya.?”Ungku Aziz

Berdasarkan kenyataan itu, toleransi antara kaum ketika itu amat rapuh dan dipengaruhi oleh keadaan semasa. Darurat kemudiannya ditamatkan pada tahun 1960 iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan sekali lagi mempertaruhkan toleransi antara kaum semasa proses awal menuntut kemerdekaan .


4. Toleransi Antara Kaum Selepas Merdeka

Dalam perundingan antara kaum untuk mencapai kemerdekaan dari kerajaan British, dua jenis persetujuan “tolak ansur” dicapai antara bangsa Melayu dengan kaum bukan Melayu. Pertama, orang bukan Melayu hendaklah menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah “waris” Tanah Melayu, maka warisan Melayu serta kedaulatan Raja – raja Melayu dikekalkan, dijamin dan dipelihara selepas kemerdekaan. Keduanya, orang Melayu bersetuju :

1. bahawa tiap – tiap penduduk Tanah Melayu yang lahir di Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka hendaklah diterima sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu melalui proses undang – undang; ini bererti bahawa semua kaum pendatang dan penduduk Tanah Melayu yang sebelum itu bertaraf “bukan rakyat” Tanah Melayu yang lahir di Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka secara automatik ( melalui proses undang – undang ) menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

2. hak budaya kaum lain, termasuk bahasa dan agama mereka, dipelihara, yakni tidak dihapuskan, dan

3. orang Melayu bersetuju berkongsi dengan kaum – kaum bukan Melayu dalam pemerintahan negeri ini.

Inilah dua persetujuan “tolak ansur” yang dicapai antara orang Melayu dengan kaum bukan Melayu dalam perundingan antara kaum untuk mendapatkan kemerdekaan dari British. Inilah kontrak sosial yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Antara isi kontrak sosial yang tercetus dari toleransi antara kaum di Tanah Melayu ialah :

1. Agama Islam ialah agama (rasmi) Persekutuan, tetapi agama – agama lain boleh diamalkan dengan aman dan selamat.

2. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa urusan rasmi kerajaan, tetapi bahasa – bahasa kaum lain boleh digunakan, dipelajari, diajarkan dan dipelihara.

3. Menurut Artikel 153 Perlembagaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertanggungjwab menjaga dan memelihara kedudukan ‘istimewa’ orang Melayu ( termasuk penduduk peribumi Sabah dan Sarawak ) dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam, ekonomi dan perniagaan, serta hak Melayu terhadap tanah rizab mereka.

Itulah kontrak sosial yang telah dipersetujui dalam perundingan antara orang Melayu dengan kaum bukan Melayu untuk mencapai kemerdekaan yang didasari unsur toleransi. Jika hari ini ada pihak atau kaum tertentu yang membuat tuntutan baru yang dianggap oleh kaum lain sebagai tuntutan untuk mengubah atau mencabar kontrak sosial ini, perpaduan kaum dan kestabilan politik di negara ini pasti akan terancam.

Cukuplah sekali peristiwa hitam 13 Mei 1969 menjadi pengajaran betapa pentingnya perpaduan. Tragedi tersebut telah memberikan keinsafan dan pengajaran peri pentingnya negara mempunyai pengarahan yang lebih jelas dan tersusun dalam rangka perpaduan antara kaum. Fonomena itu telah mencetuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara. Kedua – dua dasar ini secara umumnya bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum dan saling bertoleransi. Malah salah satu prinsip Rukun Negara ialah menjaga kesopanan dan kesusilaan yang menjurus kepada kehidupan berkualiti.

Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada 1970 yang merupakan serampang dua mata kerajaan bagi membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat bagi memulihkan intergrasi antara kaum. DEB dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu sehingga tahun 1990 kerana kerajaan Malaysia menyedari ketidakseimbangan sosioekonomi menyukarkan proses perpaduan antara kaum yang memusnahkan nilai toleransi. Matlamat dasar ini ialah mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. DEB bertindak menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar; membangunkan sebuah masyarakat yang progresif, supaya semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai – nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati dan memupuk semangat cintakan negara.

Zaman DEB bukan hanya menitikberatkan pembangunan masyarakat Melayu tetapi juga memberi penekanan terhadap masalah politik: bagaimana untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan keamanan sosial. Masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan pada masa itu adalah mencari pendekatan terbaik untuk menyatu dan menjadikan masyarakat Malaysia sebuah bangsa yang kaya dengan kesedaran sivik. Maka kerajaan memperkenalkan “Rukun Negara” bagi mewujudkan penyatuan yang menyeluruh antara kaum – kaum di Malaysia. Setelah berakhirnya DEB, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula dilancarkan yang meletakkan perpaduan negara sebagai matlamat utama kerana masyarakat yang bersatu padu memainkan peranan penting untuk memperkukuhkan kestabilan negara dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

Seterusnya bagi memperkasakan toleransi antara kaum di Malaysia, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal. Kepentingan perpaduan melalui pendidikan wujud lebih awal sebelum kemerdekaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan secara keseluruhannya berusaha mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia sejak dari bangku sekolah dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk menyemai nilai – nilai murni, kurikulum dan peperiksaan yang sama serta bercorak kebangsaan. Motif yang sama juga diperluaskan melalui Wawasan 2020 yang menggariskan sembilan cabaran. Antarannya ialah membentuk masyarakat bersatu padu dan mewujudkan masyarakat yang toleran yang bertolak ansur serta liberal sekaligus meletakkan kesetiaan kepada satu negara sahaja iaitu Malaysia.

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) jelas memfokuskan kepada memperkukuhkan sistem pendidikan bagi menggalakkan integrasi nasional dan mempertingkatkan mutu pendidikan bagi membina masyarakat progresif berasaskan sains dan teknologi. Laporan Jawatankuasa Kebinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) dan dalam Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), terdapat kenyataan bahawa matlamat utama Pendidikan Moral ialah membina suatu asas yang kuat untuk mengembangkan satu masyarakat yang berdisiplin. Begitu jugalah Rancangan Malaysia Kelima (1986–1990) yang memfokuskan pendidikan adalah matlamat untuk memupuk perpaduan negara.

Justeru, pendemokrasian pendidikan merupakan satu – satunya jalan bagi mengatasi masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan British dan mencapai matlamat membentuk sebuah negara yang berdaulat. Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1961) merupakan dasar kerajaan yang menjurus kepada pendemokrasian pendidikan. Satu sistem pendidikan yang bertunjangkan kepada kurikulum dan sistem pendidikan yang sama untuk semua kaum berteraskan kepada kesetiaan kepada negara Malaysia. Jelasnya, dengan pelaksanaan dasar kerajaan yang berkesan, toleransi antara kaum selepas merdeka di Malaysia semakin kukuh dan mampan .

5. Toleransi Antara Kaum Masa Kini

Berdasarkan beberapa dasar kerajaan yang disebutkan di atas dapatlah disimpulkan nilai toleransi yang menjadi pemangkin perpaduan dipahat sejak awal usia warganegara Malaysia. Dewasa ini, kita boleh berkongsi raya, berkahwin campur, menghantar anak – anak ke sekolah kaum lain dan seumpamanya yang menggambarkan keterbukaan dan keutuhan perpaduan masyarakat Malaysia menuju era pembangunan mahupun globalisasi.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dalam Dewan Budaya ( Mac 2004 ) menyatakan sejumlah 60 000 pelajar Melayu bersekolah di sekolah Cina. Malah gabungan MIC, MCA dan UMNO dalam Barisan Nasional yang mewakili tiga kaum utama Malaysia memberi impak kepada toleransi dalam perkongsian pentadbiran negara dan kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2004 lalu membuktikan toleransi antara kaum telah kukuh wujud. Tanpa mengira siapa calon dan agamanya, pengundi di Malaysia tetap mengundi calon yang dinaungi oleh Barisan Nasional. Malah filem Mahligai Gading yang menyaksikan gabungan tiga kaum utama di Malaysia memberi impak kepada perpaduan negara yang memerlukan toleransi antara kaum.

6. Sejauh manakah Toleransi Antara Kaum di Era Globalisasi
Berdasarkan huraian di atas, toleransi di Malaysia nampak ampuh kerana berupaya mengekalkan perpaduan dan kestabilan politik negara hingga ke hari ini. Namun jika dilihat kajian Identiti Nasional dan Etos Bangsa oleh Nor Hashimah et al., (2004) menampakkan satu isu yang perlu dikawal agar toleransi yang telah dan sedang disemai sentiasa tersemat dalam jati diri masyarakat Malaysia.

“Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic, religious, cultural and geographical backgrounds is something more than just fostering consensus on the basic character of a state or nation. It involves the fostering of (1) shared historical experiences, (2) shared values, (3) a feeling of common identity and (4) shared destiny that transcends ethnic bounds without undermining ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment and an (7) emotional attachment to the nation, and the flowering of distinctly national ethos. The emergence of all these factors in turn involves other prerequisites” ( 31 January 1992) Secara ringkasnya, kajian identiti nasional dikaitkan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, manakala etos bangsa berasaskan kenyataan Tun. Dr. Mahathir Mohamad, iaitu :

Dari jawapan 500 orang responden, menunjukkan aspek umum yang tidak mengganggu kepentingan kehidupan mana – mana bangsa mendapat sokongan yang padu. Contohnya sikap bangga raja, kibar bendera dan kerajaan berjaya menjaga kestabilan negara. Walau bagaimanapun, bagi aspek yang menyentuh kepentingan kaum, peratus sokongannya berbelah bagi. Contohnya dalam kes bahasa Inggeris di papan tanda. Orang Melayu menunjukkan skor yang rendah pada bahasa Inggeris sedangkan bukan Melayu selesa dan menyokong bahasa Inggeris.

Jawapan dalam soal selidik yang melibatkan etos bangsa juga memperlihatkan keadaan yang sama. Contohnya penurunan peratus bagi kumpulan Bumiputera – Melayu menunjukkan mereka rasa kerugian etnik dalam perkongsian kuasa politik dengan kumpulan etnik yang lain. Peratus penerimaan agama Islam dan bahasa Melayu sebagai agama rasmi dan bahasa rasmi negara di kalangan bukan bumiputera agak rendah dan 74 peratus dapatan ini menandakan kesangsian mereka terhadap pandangan Tun Dr. Mahathir yang telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Mereka juga menolak program khidmat negara malah kewujudan orang Melayu dan bahasanya tidak dianggap sebagai faktor dominan dan penting kerana mereka boleh hidup tanpa bangsa Melayu, bahasa Melayu dan budaya Melayu.

Jangan kita lupa akan serangan globalisai yang menghakis jati diri warganegara Malaysia. Satu bentuk penjajahan baru. Berdasarkan kajian Identiti Nasional dan Etos Bangsa dalam Dewan Budaya ( Ogos 2004 ) menampakkan unsur – unsur sebelum kemerdekaan ( perkauman ) mungkin berputik kembali jika percaturan pandangan dan pendapat tentang hak – hak tertentu tidak diteliti dan diambil tindakan segera agar kesatuan dan kesepakatan sebagai bangsa Malaysia tetap wujud walau di mana warganya berada.

Terdapat dua punca yang dapat dikesan. Punca pertama ialah pengajaran pelajaran Sivik (Tata Rakyat) ataupun Pendidikan Moral tidak dipandang serius serta diajar sambil lewa sahaja. Arfah Aziz (1979) dalam Abdul Rahman Arof (1986) berpendapat bahawa mata pelajaran Sivik yang diajar sekali seminggu tidak dapat meninggalkan kesan yang besar dan positif terhadap kehidupan pelajar – pelajar. Keadaan ini terus berlangsung sehinggalah kerajaan memperkenalkan Program Pensiswazahan Khas Guru dalam Pendidikan Moral yang memfokuskan kepentingan Pendidikan Moral di sekolah menengah pada 2005.

Punca kedua pula berkisar dengan kenyataan S.C.Tham (1980) dalam Abdul Rahman Arof (1986). Menurut beliau, berdasarkan pengalaman beberapa buah negara maju, sungguhpun negara – negara itu telah membebaskan manusia daripada kekurangan meterial, tetapi ia gagal membawa bersama – samanya pengukuhan kehidupan moral dan rohani kerana perindustrian melemahkan desakan – desakan sosial dan moral serta mengurangkan nilai – nilai seperti altruisme, kasih sayang sejagat, belas kasihan dan rasa tanggungjwab. Perindustrian tidak dikatakan menentang nilai – nilai kemanusian dan agama, tetapi jika tersalah arah dan tersalah penggunaannya, ia boleh menghakis nilai – nilai murni.

7. Kesimpulan

Berdasarkan sorotan sejarah sebelum kemerdekaan Tanah Melayu yang dijajah oleh Jepun dan British, dapatlah dikatakan wujud unsur sentimen perkauman yang menggugat toleransi antara kaum di Tanah Melayu ketika itu. Namun, mungkin kerana sikap orang Melayu itu sendiri yang patuh dan taat menyebabkan mereka bertolak ansur dengan bangsa lain bagi memastikan kontrak sosial berjaya dimetrikan agar bebas dari cengkaman jajahan British. Laungan kemerdekaan sudah lama ditunggu sejak hampir 400 tahun yang lalu.


Hampir 12 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia dicemar dengan tragedi 13 Mei 1969 yang menunjukkan kerapuhan perhubungan antara kaum di Malaysia. Sentimen perkauman ini memusnahkan kontrak sosial dan toleransi antara kaum di Malaysia buat seketika. Namun dengan kebijaksanaan kerajaan yang memperkenalkan beberapa dasar utama seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan seumpamanya yang menjurus kepada pembentukan perpaduan kaum membolehkan kita mengecapi sambutan kemerdekaan yang ke 48 pada tahun lalu. Jelasnya toleransi kaum telah berjaya diperkasakan.

Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa corak hubungan toleransi rakyat Malaysia banyak bergantung kepada sejauhmanakah situasi dan keadaan semasa di negara kita memerlukan kerjasama dan menguntungkan kaum – kaum yang terlibat. Ini jelas sekali apabila para pemimpin Tanah Melayu berjaya bergabung tenaga dan menubuhkan Parti Perikatan dan akhirnya memenangi pilihanraya 1955. Kejayaan ini memberi keyakinan kepada British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, keyakinan tersebut bukan merupakan jaminan kepada hubungan kaum yang ampuh apabila meletusnya Peristiwa 13 Mei 1969 kira – kira selepas 12 tahun Tanah Melayu merdeka. Peristiwa ini menunjukkan bahawa hubungan antara kaum di Malaysia rapuh, mudah pecah dan sangat sensitif kepada sebarang perkembangan dan kepentingan terutamanya kepentingan politik perkauman. Hancurlah toleransi dan perkauman kembali menular.

Sikap dan tindakan yang tidak mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada orang lain boleh membawa kepada suasana yang harmoni dalam masyarakat. Jika warna-warni itu sesuai dan elok kombinasinya atau muzik itu antara irama dan lagu selaras maka akan lahirlah keharmonian pada warna dan lagu. Apabila masyarakat hidup ramah mesra, bertolong bantu, belas kasihan, bertegur sapa, prihatin terhadap jiran, nasihat menasihati serta menjaga kepentingan dan hak orang lain sudah pasti masyarakat itu akan hidup dalam suasana harmoni.

Konklusi yang dapat digambarkan ialah toleransi antara kaum di Malaysia masih ampuh dan kukuh hingga ke hari ini. Dengannya kemajuan negara dapat dinikmati dengan lebih baik oleh semua masyarakat. Masyarakat Malaysia dapat hidup aman dan damai serta hak – hak asasi setiap warga negara Malaysia terjamin untuk dikecapi. Namun keperkasaan toleransi masyarakat Malaysia perlulah sentiasa dikawal selia agar anasir – anasir yang cuba menghancurkan keutuhannya dapat disekat dengan lebih awal supaya pada setiap kali 31 Ogos menjelang, rakyat Malaysia dapat bangun dan bersorak dengan bangganya Merdeka !….Merdeka!….Merdeka!.






Rujukan
Abdul Rahman Aroff (1986) Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya : Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Dr. Tajul Ariffin bin Nordin dan Dr. Nor’Ain bte Dan (1992) Pendidikan Dan Wawasan 2020 Falsafah, Perguruan dan Persekolahan. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1996) Pendidikan Moral (Elektif) Edisi Kedua. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Joginder Singh Jessy (1979) Sejarah Tanah Melayu (1400 – 1959). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ranjit Singh Malhi (1985) Panduan Peperiksaan Am Kerajaan. Petaling Jaya : PKS Sdn. Bhd.
Rohani Ab. Ghani dan Zulhaimi Paidi (2002) Kenegaraan Malaysia Isu – Isi dan Perkembangan. Pahang : PTS Publication & Distributors
Shahril @ Chairil Marzuki dan Habib Mat Som (1999) Isu Pendidikan Di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tam Yeow Kwai (1996) Pendidikan Moral 1 Konsep dan Pengajaran Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Tang Chee Yee (1993) Negara Kita Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Budaya Mac, April dan Ogos 2004
Dewan Masyarakat Oktober 2005
Dewan Siswa September 2005

Internet
8&fl=0&meta=0&0&0=&b=101&u=www.islamhadhari.net/v2/seminar/seminar_detail.php%3Fnkid%3D9&w=identiti+nasional+bangsa+malaysia&d=KnwCl21aMJ1N&icp=1&.intl=mye



Ini merupakan tugasan Pendidikan Moral. Tugasan ini tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak apatah lagi membangkitkan isu sensitif. Tugasan ini merupakan sebahagian tugasan yang perlu dilaksanakan oleh PKPG Pendidikan Moral. Harap maklum.

Lat Sej Bab 1 dan Bab 4 Ting 3

Sejarah Tingkatan 3
Bab 1 Pendudukan Jepun di Negara Kita

Soalan
Pemerintahan Tentera Jepun
Kedatangan Jepun
1. Pemulihan Meiji menekankan :
a.................................................................................
b.................................................................................

2. Dua masalah yang dihadapi oleh Jepun dalam bidang ekonomi.
a.................................................................................
b.................................................................................

3. Cara yang digunakan oleh Jepun untuk mengatasi masalah ekonomi.
a.................................................................................
b................................................................................

4. Tiga negara yang ditakluki oleh Jepun
a................................................................................
b...............................................................................
c...............................................................................

5. Tindakan Amerika berikutan dengan perkembangan agresif Jepun
a................................................................................

6. Arah serangan Jepun ke atas Tanah Melayu
a................................................................................

7. Cara penentangan British terhadap Jepun sebelum berundur.
a...............................................................................

8. Tiga kelemahan pihak British
a................................................................................
b................................................................................
c.................................................................................

9. Tiga kelebihan pihak Jepun
a.................................................................................
b................................................................................
c................................................................................

10. Bandar tumpuan Jepun di Sarawak
a...............................................................................



Soalan
Pemerintahan Tentera Jepun
Dasar Pemerintahan Jepun
1. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
a....................................................................................
b....................................................................................

2. Borneo Utara ialah unit pentadbiran Jepun di
a....................................................................................

3. Jepun memperkenalkan pemerintahan secara
a....................................................................................

4. Lagu rasmi negara Jepun
a....................................................................................

5. Bahasa pengantar Jepun
a....................................................................................

6. Status Tanah Melayu
a...................................................................................

Reaksi Penduduk

7. Pemimpin Kesatuan Melayu Muda
a....................................................................................

8. Pasukan Wataniah Pahang dipimpin oleh
a....................................................................................

9. Bom atom digugurkan di
a....................................................................................
b...................................................................................


Kesan Pemerintahan Jepun

10. Sekolah Latihan Kepimpinan Jepun
a...............................................................................

11. Nama penuh persatuan KRIS
a................................................................................

12. Tujuan penubuhan KRIS
a................................................................................

13. Dua fungsi kad catuan
a................................................................................
b................................................................................

14. Amalan Kempeitai
a................................................................................




BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

IMBASAN FAKTA


4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

1. Syarat utama British sebelum beri kemerdekaan kepada Tanah Melayu ialah.....................

2. Tujuan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ialah........................

3. Empat kata kunci hasil kompromi UMNO-CLC ialah...............

4. Tujuan penubuhan parti politik ialah ................................

5. UMNO ditubuhkan pada ...................... oleh ..........................

6. MIC ditubuhkan pada ...................... oleh .................................

7. MCA ditubuhkan pada .................... oleh ...............................

8. Matlamat penubuhan IMP ialah ......................................................

9. Tiga parti yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar ialah .....................................

Pendidikan Alat Perpaduan

1. Lima jenis sistem persekolahan sebelum merdeka ialah..................

2. Pelajar lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke ............................

3. Bahasa pengantar untuk sekolah Melayu ialah ...........................

4. Sekolah agama Islam menyediakan pendidikan tahap .......................... dan ...................................

5. Sekolah Inggeris banyak di bina di kawasan ...............................

6. Pelajar sekolah Inggeris berpeluang menjawat ............................................

7. Tenaga pengajar sekolah Tamil didatangkan dari ....................................

8. Tujuan penubuhan sekolah Cina ialah ........................................

9. Kesan negatif sistem pendidikan yang berbeza ialah ........................................

10. Kesan positif sistem pendidikan yang sama ialah ...........................................

Cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu

1. Dua tujuan laporan pelajaran dikemukakan ialah ............................

2. Kepentingan belajar menerusi sistem pendidikan yang sama ialah ..................................

Lengkapkan tahun-tahun laporan pelajaran berikut :

a. Laporan Barnes :........................
b. Laporan Fenn-Wu :........................
c. Ordinan Pelajaran :........................
d. Laporan Razak :........................

4.2 Kerjasama Kaum Ke Arah Berkerajaan Sendiri

Sistem Ahli

1. Sistem Ahli telah dicadangkan oleh ....................... .................... pada ........................

2. Tujuan Sistem Ahli dilaksanakan ialah .............................................

3. Sistem Ahli merupakan kabinet bayangan kerana ....................................................

4. Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai ...........................................

Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan

1. Tujuan RIDA ditubuhkan ialah ..............................

2. Kerakyatan Persekutuan boleh diperolehi melalui tiga cara iaitu .....................

3. Pemohon yang memohon kerakyatan negeri mestilah berusia ................................

4. Pemohon yang memohon kerakyatan persekutuan mestilah berusia......................

5. Permohonan secara naturalisasi mestilah menetap selama ....................... tahun secara berturut-turut.

Disediakan oleh :
Encik Mazlan j
SMK Redang Panjang (Model Khas)

Lat Sej Bab 5 Ting 2

Sejarah Tingkatan 2
Bab 5 Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat SBUB
5.1 SBUB Bertpak Di Sabah

Imbasan Fakta

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1.Sultan Brunei memberi konsesi tanah selama ............ tahun kepada wakil Amerika iaitu .......................................

2.The American Trading Company mengusahakan penanaman ...................
dan ...........................di .................................

3.Jawatan W.H. Treacher ialah...................................................

4.Sultan Abdul Mu’mein menyerahkan tanah antara ....................................... dan..................................................... kepada Overbeck dan Dent.

5.Pada tahun .............. Overbeck menjual semua haknya kepada.......................... dan Edward Dent.

6.Pada tahun ..............., Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad dianugerahkan Piagam Diraja oleh kerajaan ....................................

7.Syarikat Borneo Utara Berhad telah ditubuhkan pada ...........................

8.Pengarah Urusan Syarikat Borneo Utara British ialah .......................................

9.Pada tahun ................ Sabah menjadi negeri naungan British.

10.Syarikat Borneo Utara British mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh ....................................

Jawapan :
-C. L. Moses
-10
-kopi
-tebu
-Kimanis
-Teluk Kimanis
-Gabenor Labuan
-1880
-Sungai Sibuku
-Edward Dent
-Alfred Dent
-1882
-British
-1888
-1881

Sejarah Bab 5 Ting 2

Sejarah Tingkatan 2
Bab 5 Kekayaan Ekonomi Menarik Minat SBUB

Jom Dengar Cerita
Sabah...SBUB Yang Punya !

Sabah, negeri di bawah bayu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil ekonomi. Potensi ekonomi Sabah telah menarik minat pelabur asing untuk menguasainya. Sabah yang berada di bawah naungan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu menjadi rebutan pelabur-pelabur Barat dari Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol. Inilah sebahagian kisah pertapakan kuasa Barat di Sabah.

Pada suatu hari, datang seorang wakil Amerika Syarikat bertemu Sultan Brunei.

C. L. Moses : Selamat pagi, tuanku.
Sultan Brunei : Selamat pagi. Apa yang boleh beta bantu ?
C.L. Moses : Emmm...sebenarnya patik ingin mendapatkan konsesi tanah di Sabah
dari tuanku.
Sultan Brunei : Oh, begitu. Baiklah. Tetapi, ada syaratnya.
C. L. Moses : Apakah syaratnya tuanku ?
Sultan Brunei : Tempoh penyewaan tanah tersebut 10 tahun saja.
C.L. Moses : Baiklah, tuanku.

C.L Moses berjaya mendapatkan konsesi tersebut. Beberapa lama kemudian....

C.L. Moses : Torrey dan Harris, mahukah anda berdua membeli konsesi tanah di
Sabah ini ?
Torrey : Ya, mahu. Kami tidak ada sebarang masalah.
Torrey : Harris, usaha memajukan penanaman kopi dan tebu di Kimanis gagal.
Harris : Ya, kita perlu menjual konsesi tanah Sabah kepada Von Overbeck.

Setelah gagal, mereka jual pula konsesi tersebut kepada pelabur lain yang bernama Baron Von Overbeck.

Von Overbeck : Hei, Alfred dan Edward Dent. Saya ingin meminta bantuan anda berdua.
Alfred Dent : Bantuan apa ? Kami bersedia untuk membantu.
Von Overbeck : Saya menghadapi masalah kekurangan modal. Bolehkan anda berdua
meminjamkan wang kepada saya ?
Edward Dent : Tentu sekali boleh...berapa yang kamu mahu....

Setelah mendapat pinjaman modal, pada tahun 1877 mereka bersama Gabenor Labuan telah pergi mengadap Sultan Brunei untuk memohon melanjutkan tempoh pajakan tanah. Sewaktu dalam istana Sultan Brunei...

Von Overbeck : Tuanku, berhubung dengan tempoh pajakan tanah itu....
Sultan Brunei : Tanah ?! Oh, begitu ! Beta akan memperbaharui tempoh pajakan tersebut.
Von Overbeck : Terima kasih. Marilah tandatangani perjanjian ini.
Sultan Brunei : Beta serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku kepada Tuan Overbeck.
Von Overbeck : Terima kasih, tuanku.

Setelah musim berlalu, pada tahun 1880, tiba-tiba....

Von Overbeck : Hei ! Alfred ! Edward ! Rasanya saya terpaksa menjual hak saya ke atas
pajakan tanah kepada kamu berdua.
Alfred : Overbeck, kamu hendak menjual hak kamu. Baiklah kami setuju
menerimanya.

Setelah Von Overbeck pergi, di sebuah bilik, Alfred dan Edward membuat perancangan mereka. Mereka membuat perancangan untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Sabah dan kegiatan ekonomi tradisional penduduk tempatan di Sabah.

Alfred : Hei, Edward. Apa pendapat kamu kalau kita tubuhkan satu persatuan
sementara Borneo Utara British Berhad?
Edward : Hemmmm...baik juga cadangan kamu, Alfred.
Alfred : Untuk menambah modal syarikat, kita boleh menjual saham kepada
rakyat British.
Edward : Bukan itu sahaja! Yang penting kita mesti mendapatkan Piagam Diraja
daripada British.
Alfred : Memang betul cakap kamu Edward.
Edward : Ha..ha..ha... kita paksa penduduk Sabah menjadi buruh kita.

Akhirnya, pada bulan November 1881, persatuan sementara Borneo Utara British Berhad mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British. Syarikat itu kemudiannya dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Dengan itu juga, segala hal ehwal luar Sabah adalah di bawah pengawalan kerajaan British.

Selanjutnya, SBUB cuba mengukuhkan kuasa mereka di Sabah dan mengeksploitasi hasil ekonomi Sabah dengan rakusnya. Rakyat makin ditindas dengan pelbagai jenis cukai yang membebankan.

Begitulah antara kisahnya. Kekayaan hasil bumi yang dimiliki oleh Sabah menjadikannya tumpuan pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, Austria dan British. Namun begitu, SBUB yang berjaya menguasai Sabah. SBUB terus mengaut keuntungan. Penduduk tempatan pula semakin tersisih daripada arus pembangunan.

Apakah kesudahannya......adakah rakyat Sabah bangun menentang SBUB ?
(lihat halaman 182 - 185)

Hasil nulikan,
Cikgu Mazlan j
21.04.09

Sejarah Bab 4 Ting 2

Sejarah Tingkatan 2
Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penguasaan James Brooke

Teknik Bercerita

Sarawak....Oh...Sarawak

Pada kurun ke 19, Sawarak berada di bawah pentadbiran Brunei. Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil pelombongan antimoni dan emas. Suatu hari, Sultan Brunei yang bernama Sultan Omar Ali Saifuddin pun bertitah kepada ketua-ketua tempatan Sarawak :

Sultan : Beta akan membahagikan Sarawak kepada beberapa daerah.
Beta akan melantik ketua-ketua tempatan untuk mentadbir daerah-daerah itu.

Ketua tempatan : Terima kasih tuanku.

Sultan : Kamu mesti melaksanakan arahan dan pungut cukai? Faham...

Maka ketua-ketua tempatan pun melaksanakan segala arahan Sultan Brunei dan mengutip cukai di semua daerah di Sarawak tanpa sebarang campur tangan daripada Brunei. Setelah beberapa ketika, Sultan Brunei telah mengubah dasar pentadbirannya. Baginda telah melantik seorang pembesar Brunei sebagai wakil baginda di Sarawak. Tujuan baginda berbuat demikian ialah mahu menguasai kekayaan dan mengukuhkan kawalannya ke atas Sarawak. Datanglah seorang pembesar Brunei bernama Pangeran Indera Mahkota. Pangeran Indera Mahkota pun berkata....

Pangeran Indera : Pembesar sekalian....sekarang saya yang berkuasa. Saya akan
mengambil alih pentadbiran dan pelombongan antimoni dan emas
kamu.

Pengeran Indera Mahkota seorang yang sangat keras dan zalim. Semua petani mesti bayar cukai tanaman yang tinggi. Orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoni tidak diberi sebarang upah.

Maka hidup melaratlah orang Melayu dan orang Bidayuh. Segala hasil titik peluh habis digunakan untuk membayar cukai sahaja. Lama-kelamaan, orang Melayu dan orang Bidayuh bangkit menentang kerana mahu membebaskan Sarawak drpd Brunei. Mereka dipimpin oleh Datu Patinggi Ali. Pangeran Indera Mahkota gagal menghapuskan kebangkitan itu. Sultan Brunei bertindak dengan menghantar Pangeran Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota.

Ketika ini, James Brooke, seorang pesara tentera SHTI sedang belayar di perairan Sarawak mencari kawasan perdagangan dengan kapalnya iaitu Royalist. Pangeran Muda Hashim mempelawa James Brooke membantunya menghapuskan penentangan.

Pangeran Muda : Helo James..saya ada masalah..awak boleh bantu saya?
James : Yes, Sure, why not...saya boleh bantu awak. Tapi apa balasannya?
Pangeran Muda : Saya lantik awak sebagai Gabenor Sarawak. Setuju..
James : Ha...ha..ha..saya setuju...bagai mengantuk disorongkan bantal.

Tanpa memberitahu Sultan Brunei, Pangeran Muda Hashim telah mengambil tindakan yang mengundang padah bagi Sarawak. Tawaran melantik James Brooke untuk membantunya hanya menguntungkan James Brooke. Al kisah, James Brooke berjaya menghapuskan kebangkitan orang Melayu dan orang Bidayuh. James Brooke menuntut janji.

Pangeran Muda Hasim mula gelisah kerana beliau perlu menunaikan janjinya. Beliau pasti Sultan Brunei tidak akan setuju melantik James Brooke sebagai gabenor Sarawak...apa yang dibuatnya....

Pangeran Muda : Baik saya melengah-lengahkan pelantikan James Brooke.

James : Cis celaka..kamu sengaja mempermainkan saya...

James brooke tidak boleh tunggu lama lagi. Beliau membedil bandar Khucing.

Apakah yang terjadi seterusnya.....

Pangeran Muda Hashim kalah dan terpaksa melantik James Brooke sebagai gabenor Sarawak. James Brooke masih tidak puas hati. Bagi mengukuhkan kedudukannya, James Brooke dengan angkatan tentera British pimpinan Edward Belcher pergi mengadap Sultan Brunei bagi mengesahkan kedudukannya sebagai gabenor Sarawak. Sultan Brunei yang takut dengan kekuatan tentera Inggeris bersetuju mengiktiraf perjanjian James Brooke dengan Pangeran Muda Hashim dan juga setuju melantik James Brooke sebagai raja Sarawak yang merdeka dan mempunyai kedaulatan yang penuh ke atas Sarawak.

Maka jatuhlah Sarawak kepada James Brooke.

Sebagai pengajarannya, dapatlah dikatakan:
a. Perpecahan yang berlaku dalam kalangan pembesar dengan penduduk tempatan telah
membuka peluang James Brooke menguasai Sarawak.
b. Kekuatan tentera boleh mengubah pendirian pemerintahan sesebuah negara.
c. Berfikir sebelum bertindak kerana tersalah tindakan tergadai sebuah negeri.


Begitulah cerita Sarawak..Oh..Sarawak..

Hasil nukilan,
Cikgu Mazlan j
SMK Redang Panjang (Model Khas)

Nota Nilai BP 2 Kekeluargaan

Nota Nilai Pendidikan Moral SPM

2. Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

2.1 Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Ciri-ciri nilai :
1. Keluarga adalah asas untuk memupuk keluarga yang bahagia dan setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing ke arah usaha tersebut.
2. Mengamalkan sikap bertimbangrasa dengan mengambil kira perasaan ahli keluarga yang lain.
3. Sentiasa menghormati antara satu sama lain tanpa mengambil kira usia dan kedudukan.
4. Bersama-sama bertanggungjawab menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang.
5. Memberikan penghargaan terhadap ibu bapa dengan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Bapa, hari lahir dan ulang tahun perkahwinan.
6. Berusaha untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga.

2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.

Ciri-ciri nilai :
1. Hormat menghormati sesama anggota keluarga demi menjaga kerukunan sesuah keluarga.
2. Peka terhadap keperluan dan perasaan serta masalah ahli keluarga yang lain.
3. Bersedia menerima pandangan dan nasihat daripada ahli keluarga yang lain.
4. Menghindarkan perasaan hasad dengki, pergaduhan dan dendam sebaliknya memupuk kemesraan bersama.
5. Berinteraksi dengan sopan semasa ahli keluarga.

2.3 Mengekalkan Tradisi Keluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.

Ciri-ciri nilai :
1. Menerima tradisi nenek moyang dan bertanggungjawab untuk mengekalkannya.
2. Sentiasa menghormati sesuatu kebiasaan, adat-istiadat dan kepercayaan yang diwarisi dari nenek moyang.
3. Mengamalkan tradisi keluargaan supaya tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
4. Menerima dan menghormati amalan tradisi, adat dan kepercayaan yang diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia.
5. Tidak merasa rendah diri dan berbangga dengan amalan tradisi keluargaan kita.

2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Ciri-ciri nilai :
1. Setiap ahli keluarga perlu bertangungjawab terhadap ahli keluarga masing-masing.
2. Menghargai ahli keluarga dengan tidak melawan dan sentiasa mendengar nasihat mereka tanpa mengira latar belakang pendidikan.
3. Melayan keluarga dengan layanan yang baik serta menjaga pertuturan supaya tidak menyinggung perasaan ahli keluarga yang lain.
4. Wujudkan budaya sayang menyayangi antara satu sama lain dengan mengadakan program ziarah menziarahi sesama ahli keluarga yang berjauhan.
5. Setiap ahli perlu berusaha untuk menjaga maruah keluarga agar tidak tercemar serta berusaha untuk melakukan perkara yang baik agar dapat meningkatkan imej keluarga.

Disediakan oleh :
En. Mazlan j
SMK Redang Panjang (Model Khas)

Nota Nilai BP 1 Perkemb Diri

Nota Nilai Pendidikan Moral SPM

1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan Prinsip Rukun Negara

Ciri-ciri nilai :
1. Manusia diamanahkan untuk menjaga dan mentadbir bumi.
2. Manusia perlu menjaga hubungan sesama manusia, penghuni lain dan alam sekitar.
3. Tidak boleh menganiayai tumbuhan dan haiwan kerana haiwan dan tumbuhan adalah sebahagian daripada makhluk Tuhan.
4. Apabila hubungan ini tidak berlaku dengan baik, salah satu daripada unsur ini akan terancam dan mendatangkan kesan buruk. Contohnya banjir, kemarau, kekurangan sumber alam, kepupusan haiwan.
5. Bersyukur dengan ciptaan Tuhan dan berusaha menjaganya.

1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Ciri-ciri nilai ;
1. Menimbulkan kepercayaan dan perasaan hormat orang lain terhadap kita.
2. Tidak menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan dengan melakukan perkara yang dilarang.
3. Sentiasa menepati janji apabila berhubung dengan orang lain.
4. Menyimpan rahsia dan jangan sesekali membocorkannya kerana ini akan menghilangkan keyakinan orang lain.
5. Menolak ganjaran yang diberikan dan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan ikhlas.

1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga diri dalam kehidupan.

1. Menjaga kehormatan diri daripada terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti :
· Memakai pakaian tidak sopan
· Mengambil dadah, pil khayal
· Pergaulan bebas
2. Bertekad untuk berkelakuan baik dan menjauhi tingkah laku yang boleh merosakkan diri.
3. Remaja perlu pandai memilih rakan yang bermaruah tinggi dan pandai menjaga diri.
4. Mengamalkan ajaran agama untuk mengelakkan daripada terlibat dengan perkara yang menjatuhkan harga diri.

1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Ciri-ciri nilai :
1. Amalan nilai bertanggungjawab amat penting supaya perancangan dapat dilakukan dengan lancar dan dapat meningkatkan disiplin diri seseorang.
2. Perancangan yang baik meningkatkan produktiviti individu, keluarga dan negara.
3. Menunjukkan sikap jujur, bersih, cekap, amanah dan bermotivasi tinggi dalam diri individu.
4. Orang yang bertanggungjawab menepati janji.
5. Mereka juga akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan atau tindakan yang diambilnya.

1.5 Hemah Tinggi
Beradap sopan dan berbudi pekerti dalam pergaulan seharian.

Ciri-ciri nilai:
1. Perlu menjaga pergaulan seharian dengan berkelakuan sopan santun.
2. Beradap sopan ialah tingkah laku dan tutur kata yang baik serta perlakuan yang baik. Contohnya tidak meninggi diri, tidak menunjuk-nunjuk, tidak sombong dan tidak mengata orang lain.
3. Menjaga tutur kata dalam pergaulan dengan rakan-rakan, ibu bapa dan orang yang lebih tua.
4. Sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dalam pergaulan agar disenangi oleh rakan-rakan.

1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Ciri-ciri nilai :
1. Tolak ansur ialah menghormati dan bersedia menerima pendapat orang lain yang berbeza dengan pendirian sendiri.
2. Dalam pergaulan seharian, sikap tolak ansur adalah penting agar tidak menimbulkan perselisihan faham.
3. Perlu menghadapi sesuatu perkara yang sukar dengan sabar untuk mengelak pertelingkahan.
4. Menghindarkan diri daripada bersikap mementingkan diri.
5. Mendengar dan menerima nasihat daripada orang yang lebih tua dan tidak membuat sesuatu keputusan secara terburu-buru kerana orang yang lebih tua mempunyai pengalaman dan pandangan yang bernas.

1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Ciri-ciri nilai :
1. Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
2. Sentiasa berfikiran terbuka, rasional dan berfikiran positif dalam setiap perlakuan.
3. Orang yang berdikari tidak mudah dipengaruhi oleh emosi malah sentiasa memikirkan kepentingan orang lain.
4. Mereka juga sentiasa mencuba perkara baru dan sanggup menanggung risiko.

1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Ciri-ciri nilai :
1. Ciri-ciri kerajinan ialah tekun, cekal, gigih, dedikasi dan berdaya maju.
2. Sikap tekun bererti melakukan sesuatu dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
3. Cekal bermaksud tidak mudah mengalah dan sentiasa mencuba.
4. Gigih merujuk kepada patuh pada pendirian atau pendapat sendiri dan tidak mudah putus asa.
5. Dedikasi bererti sanggup mengorbankan tenaga dan masa untuk sesuatu usaha atau tanggungjawab.
6. Mereka yang berdaya maju pula akan mempunyai sifat keyakinan diri untuk mencapai cita-cita dan mempunyai matlamat hidup.
7. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dalam segala aspek kehidupan.

1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Ciri-ciri nilai :
1. Kasih sayang lahir dari hati yang ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau orang lain.
2. Perasaan sayang sesama manusia akan melahirkan suasana yang harmoni manakala sayang kepada alam akan menjadikan persekitaran terpelihara.
3. Sifat ini perlu dipupuk dari kecil dalam diri anak-anak agar kehidupan lebih sejahtera.
4. Sentiasa menghargai nyawa haiwan dan tidak menganiayainya.
5. Perlu juga wujudkan sikap perikemanusiaan dalam diri agar dapat membantu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.


1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Ciri-ciri nilai :
1. Merujuk kepada sikap mempertimbangkan sesuatu secara objektif atau menyeluruh.
2. Sesuatu keputusan yang dibuat tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak bersikap pilih kasih.
3. Mengambil kira kesan baik dan buruk sesuatu keputusan yang dibuat dan juga perlulah memuaskan hati semua pihak tanpa menyinggung perasaan sesiapa.

1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Ciri-ciri nilai :
1. Tidak membuat keputusan atau tindakan secara terburu-buru.
2. Sentiasa memikirkan baik atau buruk sesuatu tindakan dan keputusan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
3. Mereka akan disenangi dan disayangi oleh rakan-rakan dan keluarga.
4. Menerima segala teguran dan nasihat yang diberikan dengan hati yang terbuka agar boleh dijadikan sebagai panduan.

1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Ciri-ciri nilai:
1. Tidak sombong dan besar diri dengan apa yang dimiliki, malah sentiasa menjaga perasaan orang lain.
2. Sentiasa bersederhana dalam menimbangkan kepentngan diri dan orang lain.
3. Sentiasa bersederhana dalam setiap pertuturan.
4. Tidak terlalu mementingkan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan diri.
5. Membantu orang lain mengikut kemampuan diri.

Disediakan oleh ;
Cikgu Mazlan j
SMK Redang Panjang (Model Khas)

My Best Friend


One student in Year 1 read this..

This is a picture of my best friend with his family.
His name is Hasbullah from Johore.
His nickname is Haska.
He worked at KPJ Johore Specialist Hospital.
He is a perfusionist.
His is very a good friend to me.
I hope your new born boy is in good candition..Amin.

Ha..ha..

Latihan Terancang Masa Cuti

LATIHAN TERANCANG MASA CUTI
PENDIDIKAN MORAL SPM
TINGKATAN 4 & 5

Jawab semua soalan esei berikut.

1. Keimanan mampu menjamin kesejahteraan dan kemakmuran manusia di bumi.
Berdasarkan nilai murni, buktikan kebenaran kata-kata di atas

2. Rasuah akan meruntuhkan jentera pentadbiran negara.
Bincangkan peranan yang dimainkan oleh pegawai kerajaan dalam menjamin keutuhan pentadbiran negara

3. Penglibatan remaja dalam gejala sosial memang menjadi isu yang diperkatakan setiap masa.
Kebimbangan timbul kerana remaja sebagai bakal pemimpin negara semakin mengalami keruntuhan akhlak. Bincangkan nilai yang patut ada pada remaja untuk menghindarkan diri daripada gejala sosial.

4. Chee Keong terpilih sebagai ketua pasukan hoki sekolahnya. Pasukannya akan menyertai pertandingan akhir hoki peringkat kebangsaan. Bincangkan nilai yang perlu ada pada Chee Keong sebagai seorang ketua untuk membawa pasukannya menjuarai pertandingan tersebut.

5. Jika ingin merantau, merantau bukannya senang, perlu berkelakuan baik, supaya diterima orang. Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan nilai yang patut diamalkan sewaktu berada di perantauan.

6. Perkahwinan campur tidak semestinya menemui kegagalan. Terdapat banyak kes yang membuktikan bahawa pasangan suami isteri yang berbeza kaum dan agama telah hidup bahagia sehingga ke akhir hayat. Bincangkan dua nilai yang membawa kebahagian dalam perkahwinan campur.


Skema Jawapan

Soalan 1
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan
Nilai : Bertanggungjawab

Soalan 2
Nilai : Amanah
Nilai : Mematuhi peraturan dan undang-undang

Soalan 3
Nilai : Harga diri
Nilai : Rasional

Soalan 4
Nilai : Bertanggungjawab
Nilai : Kerajinan

Soalan 5
Nilai : Hemah Tinggi
Nilai : Kesederhanaan

Soalan 6
Nilai : Toleransi
Nilai : Kasih sayang terhadap keluarga

Disediakan oleh :
Cikgu Mulzam @ Emj
SMK Redang Panjang (Model Khas)

10.03.2009

Lat Sejarah PMR

Jawab semua soalan.

Bab 1
Apakah nama baru yang diberikan oleh Jepun kepada Tanah Melayu ?

A. Malai Baru
B. Malayan
C. Melayu
D. Tanah Melayu

Bab 2
Mengapakah British perkenalkan pentadbiran tentera di Tanah Melayu ?

A. Amankan Tanah Melayu
B. Pulihkan jentera pentadbiran
C. Tadbir Tanah Melayu
D. Jaga keselamatan Tanah Melayu

Bab 3
Mengapakah British perkenalkan undang-undang Darurat ?

A. Siksa komunis.
B. Kawal orang Melayu
C. Lindung ekonomi British
D. Serang penentang British

Bab 4
Apakah persamaan antara sekolah Cina dan Tamil ?

A. guru dan buku dari negara asal
B. guru dari negara asal
C. buku dari negara asal
D. alatan dari negara asal

Bab 5
Mengapakah satu rombongan yang telah dibentuk pada tahun 1956 dihantar ke London ?

A. Berunding soal kemerdekaan Tanah Melayu
B. Berunding tentang perjanjian London
C. Melancong ke London
D. Melawat Ratu England

Bab 6
Siapakah golongan antipenyerahan di Sarawak ?

A. Kakitangan kerajaan atau guru.
B. Pegawai Daerah
C. Pegawai keselamatan
D. Petani

Bab 7

Salah satu cara British menyekat pengaruh komunis di Tanah Melayu ialah...

A. Sokong gagasan Persekutuan Malaysia.
B. Sokong Parti Perikatan
C. Sokong perjuangan PKM
D. Sokong Tunku Abdul Rahman

Disediakan oleh :

Cikgu Mulzam @ Emj

SMK Redang Panjang (Model Khas)

08.08.2008



Lat Sejarah Bab 4 Tingkatan 2

LATIHAN KENDIRI
SEJARAH TINGKATAN 2

IMBASAN FAKTA

BAB 4 Kekayaan Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke
4.1 Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan


Berdasarkan jawapan yang disediakan, jawab semua soalan berikut.


1.Tanggungjawab ketua tempatan yang mentadbir Sarawak ialah ........
2.Ketua-ketua tempatan dilantik daripada kalangan orang............
3.Faktor pemberontakan Dato’ Patinggi Ali di Sarawak ialah..............
4.Kesan penting penindasan yang dilakukan oleh Pangeran Indera Mahkota di Sarawak ialah.......
5.Langkah Sultan Brunei untuk menghapuskan penentangan ialah.............
6.James Brooke telah membedil.......
7.Pangeran Raja Muda Hashim gelisah kerana..........
8.Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke sebagai.......
9.Raja Putih Sarawak ialah..........
10.Sultan Omar Ali Saifuddin iktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak kerana.......

Jawapan.
-Gabenor Sarawak
-penguasaan James Brooke ke atas Sarawak
-orang Melayu
-orang Dayak
-terpaksa menunaikan janji yang dibuat dengan James Brooke tanpa berunding dengan Sultan Brunei
-Cukai yang tinggi
-Penduduk ditindas
-memungut cukai daripada rakyat
-bandar Khucing
-James Brooke
-menghantar Pangeran Raja Muda Hashim
-menerima kekalahan dalam peperangan

Disediakan oleh :
Cikgu Mulzam @ Emj

SMK Redang Panjang (Model Khas)
2.04.09

Soalan Sejarah PMR 2005-2007

SET 1
(30 minit)
Gabungan Soalan Sejarah PMR 2005-2007
Tingkatan 1 dan 2
Salin dan jawab Ya ataupun Tidak

1. Sumber sejarah yang diperoleh melalui kaedah arkeologi ialah fosil, artifak dan batu bersurat.


2. Kerajaan Srivijaya membahagikan pentadbiran kepada 3 bahagian iaitu pentadbiran diraja, ketenteraan dan daerah.


3. Kemantapan strategi adalah faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam pada 1456.


4. Semasa Portugis menyerang Melaka, buku Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dibaca untuk menaikkan semangat juang askar Melaka.


5. Acheh dan Belanda mahu menguasai bahan mentah di Perak.


6. Mengikut kepercayaan masyarakat Penan dibenarkan menebang pokok.


7. Piagam Diraja membolehkan SBUB mentadbir Sabah dengan bebas.


8. Orang Tua mempunyai peranan yang sama dengan Ketua Kampung.


9. J. P Rodger merupakan residen bagi Pahang yang dilantik pada 1888.


10. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu digubal untuk mempelopori amalan demokrasi.


11. James Brooke melibatkan orang Melayu dalam ketenteraan dan orang Iban dalam pentadbirannya.


12. Masyarakat Zaman Neolitik dan Zaman Logam menjalankan aktiviti bercucuk tanam, perdagangan dan penternakan.











SET 2
(30 minit)
Gabungan Soalan Sejarah PMR 2005-2007
Tingkatan 1 dan 2
Salin dan jawab Ya ataupun Tidak


1. Kelemahan kaedah lisan ialah kesahihan fakta diragui.


2. Masyarakat kerajaan maritim menguasai ilmu pelayaran kerana mereka mahir membina kapal.


3. Melaka mendapat perlindungan semasa Laksama Yin Ching melawat Melaka pada 1404.


4. Alfonso de Albuquerque menuntut tawanan dibebaskan, bayaran ganti rugi dan membina kubu terhadap Melaka.


5. Sistem pewarisan takhta diamalkan oleh kerajaan Terengganu.


6. Lembah Bujang pernah menjadi tapak perlombongan.


7. Institusi kesultanan di Melaka bertanggungjawab memperkembangkan agama Islam.


8. Pusat kerajaan Johor sering berpindah kerana menghadapi masalah penyakit.


9. Majlis Tertinggi dianggotai oleh Residen dan empat orang Datu Melayu.


10. Kerajaan Angkor dan Funan menjalankan kegiatan perikanan.


11. Masyarakat Zaman Neolitik menghasilkan tembikar, barang perhiasan dan menjalankan kegiatan tukar barang.


12. Etnik Bidayuh mengusahakan perlombongan antinomi dan emas di Sarawak.














SET 3
(30 minit)
Soalan Sejarah PMR 2005-2007
Tingkatan 3
Salin dan jawab Ya ataupun Tidak

1. Ruangan khas belajar bahasa Jepun diterbitkan dalam akhbar Fajar Asia.


2. Polis tentera Jepun dikenali dengan nama Koa Kunrenjo.


3. Muslihat British mengisytiharkan darurat ialah mewujudkan perpaduan kaum.


4. Min Yuen membekalkan makanan, ubat dan maklumat kepada PKM.


5. Sekolah Latihan Khas 101 membuktikan kerjasama antara PKM dengan British menentang Jepun.


6. Sistem persekolahan lama peringkat rendah menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.


7. Laporan Razak mencadangkan diadakan sistem sekolah umum.


8. RIDA telah ditubuhkan pada 1951 dan digantikan dengan MARA pada 1966 untuk membaiki taraf hidup kaum peribumi.


9. Faktor yang membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ialah pembatalan gagasan Malayan Union.


10. Independence of Malaya Party dan Parti Negara tubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan agama.


11. Pentadbiran Tentera British diketuai oleh Sir Ralph Hone.


12. Pada tahun 1952 seramai 1.2 juta kaum Cina dan 180 ribu kaum India menjadi warganegara Tanah Melayu kesan sistem perundangan British yang mantap.












SET 4
(30 minit)

Soalan Sejarah PMR Tingkatan 2
Salin dan tuliskan jawapan yang betul.

1. Siapakah tokoh British yang berusaha menduduki Pulau Pinang ?
.......................................................................................................................

2. Bagaimanakah kedudukan Kedah dalam Perjanjian Burney ?
.......................................................................................................................

3. Mengapakah Raffles menghadapi masalah untuk mengambil Singapura ?
.........................................................................................................................

4. Pada tahun 1871 berlaku masalah pewarisan takhta di Perak. Namakan tiga orang raja yang layak menjadi sultan Perak.
a....................................................................
b.....................................................................
c.....................................................................

5. Apakah nama perlembagaan Terengganu ?
..........................................................................................................................

6. Apakah reaksi penduduk wilayah Tabal setelah diletakkan di bawah penguasaan Siam ?
..........................................................................................................................

7. Sekiranya anda anak tempatan Sarawak, apakah empat jawatan yang untuk anda dalam pentadbiran keluarga Brooke ?
a.......................................................................
b.......................................................................
c.......................................................................
d.......................................................................

8. Senarai tiga cara bagaimana SBUB menggalakkan penanaman getah di Sabah ?
a........................................................................
b........................................................................
c........................................................................

9. Berikan maklumat berikut tentang getah di Tanah Melayu.
a. Asal usul getah ialah dari negara ...........................
b. Tokoh yang membawa getah ke Tanah Melayu ialah....................................

10. Apakah faktor-faktor perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu?
a. ................................................................................
b. ................................................................................
c. ................................................................................
d. ................................................................................
e. ................................................................................

Soalan Sejarah PMR

Jom kongsi..ini soalan Sejarah PMR. Semoga berguna untuk pelajar dan guru Sejarah LMS.

Soalan Struktur Moral

PECUTAN AKHIR PENDIDIKAN MORAL SPM 2009

(Kaeadah 1N2M )
Petikan Soalan-Soalan Percubaan 2008 Pelbagai Negeri

Soalan Struktur

Arahan : Salin dan jawab soalan-soalan berikut.


Cik Swee Li bercadang menggunakan wang gajinya untuk membawa ibunya melancong ke luar negara sempena hari jadi ibunya. Terangkan tiga nilai yang ada pada Swee Li. (6m)
Kasih sayang
Bertanggungjawab
Hormat dan taat kepada anggota keluarga

Selain nilai yang berkaitan alam sekitar, nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh pemaju perumahan sewaktu merancang pembinaan perumahan. (2m)
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Bertanggungjawab
Rasional

Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat setempat dalam membantu mangsa banjir. (2m)
Saling membantu dan bekerjasama
Kasih sayang

Ah Meng menggunakan barangan jenama tempatan. Berikan satu nilai yang diamalkan oleh Ah Meng. (1m)
Cinta akan negara

Melindungi haiwan. Berikan tiga nilai yang perlu diamalkan oleh orang ramai. (3m)
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Rasional
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Terangkan tiga nilai yang sepatutnya diamalkan oleh majikan pembantu rumah warga asing. (6m)
Melindungi hak pekerja
Bertanggungjawab
Kasih sayang
Toleransi


Berikan dua nilai yang perlu ada pada pembantu rumah warga asing apabila bekerja di Malaysia. (2m).
Kerajinan
Bertanggungjawab
Toleransi

Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh majikan semasa berurusan dengan para pekerja. (2m)
Bertanggungjawab
Melindungi hak pekerja
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Terangkan tiga nilai yang patut diamalkan oleh seseorang individu yang menggunakan internet. (6m).
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Rasional
Bertanggungjawab

Terangkan tiga nilai yang sepatutnya ada pada seseorang pemimpin. (6m)
Amanah
Bertanggungjawab
Kerajinan
Keadilan

En. John terlalu sibuk dan tidak keluar mengundi. Berikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh En. John. (2m)
Cinta akan negara
Sanggup berkorban untuk negara
Bertanggungjawab

Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh kakak semasa berbelanja. (2m)
Rasional
Kesederhanaan

Jelaskan tiga nilai yang menjadi asas pembentukan sebuah keluarga bahagia. (6m)
Kasih sayang
Bertanggungjawab
Toleransi

Huraikan tiga nilai yang harus diamalkan oleh sesetengah manusia yang mencemarkan alam sekitar. (6m)
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Rasional

Terangkan tiga nilai yang ingin diterapkan dalam seni kata lagu Perajurit Tanah Air. (6m)
Cinta akan negara
Taat setia kepada raja dan negara
Sanggup berkorban untuk negara

Terangkan nilai yang perlu diamalkan oleh majikan syarikat tersebut. (2m)
Melindungi hak pekerja
Bertanggungjawab

Kerja amal. Terangkan nilai yang diamalkan oleh Kelab Lions Daerah Sungai Siput. (2m)
Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Menghormati golongan kurang berupaya

Jelaskan dua nilai yang patut diamalkan oleh negara P dan negara Q bagi mengelak permusuhan antara negara. (4m)
Saling menghormati antara negara
Hidup bersama secara aman
Rasional

Rakyat Malaysia berbilang kaum. Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh rakyat Malaysia. (4m)
Kebebasan beragama
Hidup bersama secara aman
Rasional

Remaja di Siber kafe. Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pelajar-pelajar tersebut.(2m)
Harga diri
Bertanggungjawab
Rasional
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh ibu bapa dalam menangani masalah kehilangan anak. (4m)
Bertanggungjawab
Kasih sayang
Melindungi hak kanak-kanak
Rasional

Encik Sarian tidak mahu mendengar alasan pekerjanya yang datang lewat. Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh En. Sarian. (2m)
Toleransi
Rasional
Keadilan

En.Ahmad dan keluarga suka melancong. Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh En. Ahmad. (4m)
Kasih sayang
Bertanggungjawab
Cinta akan negara

Dr. Sheikh Muzaffar. Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh angkasawan pertama negara sehingga berjaya melakukan misi tersebut. (4m)
Cinta akan negara
Sanggup berkorban untuk negara
Kerajinan
Bertanggungjawab
Amanah

Alam sekeliling. Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan. (4m)
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Rasional
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh setiap keluarga pelbagai kaum dalam menyambut hari perayaan masing-masing. (4m)
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Hemah tinggi
Toleransi

Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh pemimpin negara kita untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan negara lain. (4m)
Toleransi
Rasional
Saling membantu dan bekerjasama

Nyatakan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar yang membuli rakannya.(2m)
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Rasional
Harga diri

Cucu tidak mendengar kata datuk. Jelaskan dua nilai yang patut diamalkan oleh cucu terhadap datuknya. (4m)
Hemah tinggi
Rasional
Hormat dan taat kepada anggota keluarga



Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh pengusaha projek di kawasan tanah tinggi. (4m)
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Bertanggungjawab
Rasional

Angkasawan negara. Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh angkasawan negara yang telah berjaya mengharumkan nama negara. (4m)
Cinta akan negara
Sanggup berkorban untuk negara
Kerajinan
Bertanggungjawab

Nyatakan dua nilai yang ditunjukkan oleh pelajar OKU yang cemerlang pencapaian akademiknya. (2m)
Kerajinan
Berdikari
Bertanggungjawab

Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh KPM terhadap OKU. (3m)
Menghormati hak golongan kurang berupaya

Kerajaan memberikan cuti umum untuk membolehkan semua penganut agama menyambut perayaan masing-masing. Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh kerajaan. (4m)
Kebebasan beragama
Rasional

Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh kerajaan untuk mencapai keseimbangan dalam pembangunan insan dengan pembangunan fizikal. (4m)
Kesederhanaan
Bertanggungjawab
Rasional

Jelaskan dua nilai yang haruskan diamalkan oleh penjawat awam berdasarkan slogan “Tingkatkan Integriti Hapuskan Rasuah”. (4m)
Amanah
Bertanggungjawab
Rasional

Pelajar berjudi. Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh pelajar-pelajar tersebut. (4m)
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Bertanggungjawab
Harga diri
Rasional

Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh ibu bapa dalam membanteras masalah remaja berjudi. (4m).
Kasih sayang
Bertanggungjawab
Rasional

Pegawai kastam dihukum penjara kerana menerima wang sogokan. Nyatakan tiga nilai yang harus diamalkan oleh pegawai-pegawai dalam kes di atas. (3m)
Amanah
Bertanggungjawab
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Harga diri

Terangkan tiga nilai yang diamalkan oleh penulis yang menyayangi keluarganya, adiknya OKU dan ibunya uzur. (6m)
Kasih sayang
Bertanggungjawab
Menghormati hak golongan kurang berupaya

Terangkan tiga nilai yang perlu diamalkan oleh setiap individu bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran. (6m)
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Senaraikan dua nilai yang diamalkan oleh individu yang berjasa kepada negara. (2m)
Kerajinan
Rasional
Berdikari
Cinta akan negara
Sanggup berkorban untuk negara

Terangkan dua nilai yang diamalkan oleh kerajaan terhadap OKU. (4m)
Menghormati hak golongan kurang berupaya
Rasional
Bertanggungjawab

Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh golongan kurang upaya untuk berjaya dalam hidup. (4m)
Berdikari
Kerajinan

Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh pemandu teksi. (2m)
Amanah
Bertanggungjawab
Rasional

Terangkan tiga nilai yang diamalkan oleh anggota-anggota ASEAN. (6m)
Hidup bersama secara aman
Saling membantu dan bekerjasama
Rasional

Nyatakan dua nilai yang ingin diterapkan dalam diri pelajar melalui aktiviti kokurikulum. (2m)
Bertanggungjawab
Berdikari
Kerajinan

John ditahan kerana memberi duit kopi kepada polis. Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh John. (2m)
Mematuhi peraturan dan udang-undang
Rasional

Pegawai polis tidak mahu menerima wang diberikan oleh John. Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh pegawai polis itu. (4m)
Amanah
Bertanggungjawab
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Perbincangan antara ahli keluarga. Jelaskan dua nilai yang ada pada ayah. (4m)
Bertanggungjawab
Kasih sayang
Hormat dan taat kepada anggota keluarga

Terangkan dua nilai moral yang harus diamalkan oleh ahli masyarakat untuk menangani krisis bekalan air bersih di negara kita. (4m)
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Bertanggungjawab

Sebagai rakyat Malaysia, jelaskan tiga nilai yang perlu kita hayati sempena meraikan sambutan kemerdekaan negara. (6m)
Taat setia kepada raja dan negara
Cinta akan negara
Sanggup berkorban untuk negara

Dr. Sheikh Muzaffar. Jelaskan tiga nilai berhubung dengan kejayaan Dr. Sheikh yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. (6m)
Kerajinan
Cinta akan negara
Bertanggungjawab
Sanggup berkorban untuk negara

Apakah dua nilai yang patut ditunjukkan oleh pelbagai pihak untuk menjayakan kempen membaca. (2m)
Saling membantu dan bekerjasama
Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Rasional

Kerajaan telah menerbitkan pelbagai buku, akhbar dan majalah untuk pembacaan umum tanpa menjejaskan keharmonian negara. Jelaskan dua nilai yang ada pada kerajaan. (4m)
Kebebasan bersuara
Sikap keterbukaan

Jelaskan dua nilai yang ada pada kerajaan Malaysia yang mengiktiraf tokoh wanita. (4m)
Menghormati hak wanita
Keadilan







Selamat Berjaya.

Mazlan b. Junus
KP Pendidikan Moral
SMKRP (Model Khas)
2009