Thursday, October 15, 2009

Nota Nilai BP 2 Kekeluargaan

Nota Nilai Pendidikan Moral SPM

2. Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

2.1 Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Ciri-ciri nilai :
1. Keluarga adalah asas untuk memupuk keluarga yang bahagia dan setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing ke arah usaha tersebut.
2. Mengamalkan sikap bertimbangrasa dengan mengambil kira perasaan ahli keluarga yang lain.
3. Sentiasa menghormati antara satu sama lain tanpa mengambil kira usia dan kedudukan.
4. Bersama-sama bertanggungjawab menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang.
5. Memberikan penghargaan terhadap ibu bapa dengan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Bapa, hari lahir dan ulang tahun perkahwinan.
6. Berusaha untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga.

2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.

Ciri-ciri nilai :
1. Hormat menghormati sesama anggota keluarga demi menjaga kerukunan sesuah keluarga.
2. Peka terhadap keperluan dan perasaan serta masalah ahli keluarga yang lain.
3. Bersedia menerima pandangan dan nasihat daripada ahli keluarga yang lain.
4. Menghindarkan perasaan hasad dengki, pergaduhan dan dendam sebaliknya memupuk kemesraan bersama.
5. Berinteraksi dengan sopan semasa ahli keluarga.

2.3 Mengekalkan Tradisi Keluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.

Ciri-ciri nilai :
1. Menerima tradisi nenek moyang dan bertanggungjawab untuk mengekalkannya.
2. Sentiasa menghormati sesuatu kebiasaan, adat-istiadat dan kepercayaan yang diwarisi dari nenek moyang.
3. Mengamalkan tradisi keluargaan supaya tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
4. Menerima dan menghormati amalan tradisi, adat dan kepercayaan yang diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia.
5. Tidak merasa rendah diri dan berbangga dengan amalan tradisi keluargaan kita.

2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Ciri-ciri nilai :
1. Setiap ahli keluarga perlu bertangungjawab terhadap ahli keluarga masing-masing.
2. Menghargai ahli keluarga dengan tidak melawan dan sentiasa mendengar nasihat mereka tanpa mengira latar belakang pendidikan.
3. Melayan keluarga dengan layanan yang baik serta menjaga pertuturan supaya tidak menyinggung perasaan ahli keluarga yang lain.
4. Wujudkan budaya sayang menyayangi antara satu sama lain dengan mengadakan program ziarah menziarahi sesama ahli keluarga yang berjauhan.
5. Setiap ahli perlu berusaha untuk menjaga maruah keluarga agar tidak tercemar serta berusaha untuk melakukan perkara yang baik agar dapat meningkatkan imej keluarga.

Disediakan oleh :
En. Mazlan j
SMK Redang Panjang (Model Khas)

3 comments:

  1. pls show or publish picture so it would be easy for us....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya it's quite hard for us to find pic in another blogs

      Delete
    2. ya it's quite hard for us to find pic in another blogs

      Delete